PENGAJIAN AM STPM : ULANGKAJI SOALAN

ARAHAN : UJIAN INI MENGANDUNGI GABUNGAN KERTAS 1(900/1) DAN
KERTAS 2 (900/2).
JAWAB SEMUA SOALAN KERTAS 1 (20 SOALAN)
JAWAB SATU SOALAN DARIPADA BAHAGIAN C
JAWAB SATU SOALAN DARIPADA BAHAGIAN D

KERTAS 1

1. Kelayakan untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan Malaysia bagi orang-orang di atas
adalah melalui
A Permohonan
B Pendaftaran
C Penguatkuasaan undang-undang
D Cara masukan

2. Antara berikut, yang manakah hak asasi seseorang individu jika dia ditahan atau
disyaki melakukan sesuatu kesalahan?
I Hak habeas corpus
II Hak untuk membuat rayuan
III Hak untuk mengetahui kesalahannya
IV Hak untuk mendapat mendapat jamin keluar

A l dan ll B l dan lll C ll dan lV D lll dan lV

3. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang Teori Pengasingan Kuasa?
I Kuasa kerajaan dilaksanakan oleh badan yang sama
II Orang yang sama tidak terliba dalam pengurusan lebih daripada satu kuasa
III Setiap komponan kerajaan bertindak tanpa diganggu oleh pihak berkuasa yang lain
IV Setiap komponan dibenarkan mengendalikan kuasa yang diberi kepada bahagian lain

A l dan ll B l dan lV C ll dan lll D lll dan lV

4. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang sistem Kerajaan Persekutuan?
I Kerajaan Pusat mempunyai segala kuasa.
II Pentadbiran banyak tertumpu kepada Kerajaan Negeri.
III Setiap peringkat kerajaan mempunyai autonomi perundangan.
IV Setiap peringkat kerajaan mempunyai kedudukan yang seimbang.

A l dan ll B l dan lll C ll dan lV D lll dan lV

5. Antara yang berikut, yang manakah ciri konsep asas sebuah negara?
I Raja yang berdaulat
II Penduduk yang tetap
III Sempadan yang tertentu
IV Sistem kerajaan yang dipilih oleh rakyat

A l dan ll B l dan lV C ll dan lll D lll dan lV

6. Yang manakah berkaitan dengan Raja dan Yang Dipertua Negeri?
I Menjadi ketua agama negeri masing-masing
II Dipilih secara sulit oleh Majlis Raja-Raja
III Merupakan sebahagian daripada badan perundangan Negeri
IV Mempunyai kuasa budi bicara untuk menolak permohonan membubarkan Dewan Undangan Negeri

A l dan ll B l dan lll C ll dan lV D lll dan lV

7. Yang manakah merupakan sumber hasil Kerajaan Negeri?
I Cukai Tanah
II Hasil jualan harta karun
III Bayaran bekalan elektrik
IV Kompaun kesalahan lalu-lintas

A l dan ll B l dan lV C ll dan lll D lll dan lV

8. Yang manakah benar tentang Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan?

Senarai Persekutuan Senarai Negeri Senarai Bersama
A Buruh Ternakan Perumahan
B Perkapalan Perpustakaan Kutu rayau
C Tanah Penyu Kebajikan
D Biasiswa Perparitan Syarikat Kerjasama

9. Antara pindaan-pindaan yang berikut, yang manakah yang memerlukan sokongan 2/3 suara Parlimen pada bacaan kali kedua, ketiga dan juga persetujuan Majlis Raja-Raja?
I Pindaan mengenai status bahasa kebangsaan dan bahasa-bahasa lain di Malaysia
II Pindaan mengenai perubahan sempadan bahagian pilihan raya di Semenajung Malaysia
III Pindaan mengenai kepentingan yang sah bagi kaum-kaum bukan bumiputera di Malaysia
IV Pindaan mengenai kedudukan bilangan kerusi Dewan Rakyat di Parlimen.

A l dan ll B l dan lll C ll dan lV D lll dan lV

10. Antara majlis-majlis yang berikut, yang manakah yang ditubuhkan untuk penyelerasan
antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri?
I. Majlis Kewangan Negara
II. Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan
III. Majlis Pembangunan Negara
IV. Majlis Keselamatan Negara

A l dan ll B l dan lV C ll dan lll D lll dan lV

11. Sistem pentadbiran kerajaan Malaysia berdasarkan
I. Sistem Beraja
II. Demokrasi berparlimen
III. Ketertinggian parlimen
IV. Ketertinggian perlembagaan

A l dan ll B l dan lll C ll dan lV D lll dan lV

12. Konsep kerajaan konfederasi ialah
A. Kuasa Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri adalah seimbang dalam semua aspek pemerintahan Negara
B. Kerajaan Pusat mempunyai kuasa autonomi dan Kerajaan Negeri mempunyai kuasa yang lebih rendah
C. Kuasa Kerajaan Pusat terletak sepenuhnya pada tangan raja, dan Kerajaan Negeri berkuasa dalam bidang-bidang tertentu
D. Kuasa pemerintahan Kerajaan Pusat amat terhad,dan kebanyakan kuasa terletak pada tangan Kerajaan Negeri.

13.Antara yang berikut, yang manakah merupakan tugas Yang di-Pertuan Agong?
A. Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia
B. Pengerusi Tetap Mesyuarat Majlis Raja-Raja
C. Pengerusi Parlimen Malaysia
D. Ketua Agama Persekutuan

14. Kriteria di atas merupakan syarat asas untuk memohon kewarganegaraan secara
A. masukan
B. pendaftaran
C. percantuman wilayah
D. kuat kuasa undang-undang

15. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang jawatan Menteri Kabinet?
I. Beliau ialah Ketua Kabinet
II. Seorang Ahli Dewan Rakyat
III. Mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong
IV. Dipiliholeh rakyat melalui pilihan raya umum

A l dan ll B l dan lV C ll dan lll D lll dan lV

Ringgit Malaysia bagi Satu Mata Wang Asing

Mata Wang Harga Jualan Harga Belian
Dollar Singapura 1.74 1.70

16. Encik Y dikehendaki membayar yuran pengajian anaknya di Singapura sebanyak ﹩700.00
sebulan. Berapakah jumlah wang yang perlu dibayar oleh Encik Y (dalam ringgit
Malaysia) bagi tempoh pengajian setengah tahun?
A. RM1190.00
B. RM1218.00
C. RM7140.00
D. RM7308.00

17. Berdasarkan pernyataan di atas, berapakah umur ibu mereka semasa melahirkan
kakaknya, S ?
A. 21 tahun
B. 24 tahun
C. 32 tahun
D. 37 tahun

18. Berdasarkan pernyataan di atas, berapa pasang kasutkah dijual pada hari pertama?
A 20 pasang B 25 pasang
C 30 pasang D 130 pasang

19. Berdasarkan pernyataan di atas, pada tahun yang ke berapakah Encik Z mula membayar
sewa bulanan sebanyak RM256.00?
A. 24
B. 28
C. 32
D. 36

20. Berdasarkan pernyataan di atas, berapakah kad ucapan Selamat Ponggal yang dihantar
oleh posmen di pangsapuri berkenaan?
A. 40
B. 41
C. 1640
D. 1641

BAHAGIAN : C

ARAHAN : JAWAB SOALAN SATU A ATAU SATU B

1. (A) Kehadiran teknologi maklumat dan internet dalam dunia ini telah menjadikan sesetengah kelompok individu menghidapi sejenis penyakit atau kecelaruan yang dikenali sebagai ketagihan internet atau ketagihan komputer. Malah ada individu yang menganggap komputer dan internet sebagai sebahagian dari diri dan kehidupan mereka dan mereka akan dirundung rindu resah dan gundah gulana sekiranya tidak berpeluang “melayani sahabat” mereka ini…
(Majalah Minda. Disember 2002)
i) Apakah yang anda faham mengenai konsep “ketagihan” internet atau “ketagihan”
komputer ini?
ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, perihalkan
kemungkinan kesan-kesan tertentu akibat daripada ketagihan komputer?

ATAU

1 (B) “Bagi kakitangan awam yang telah mencapai umur 56 tahun dan ingin terus bekerja, mereka masih berpeluang untuk bekerja dalam sektor swasta. Alasan penolakan tuntutan tersebut ada kaitannya dengan masalah pengangguran negara, terutama yang melibatkan lepasan institusi pengajian tinggi. Jika umur persaraan wajib dilanjutkan, ia boleh mengurangkan peluang pekerjaan dalam sektor awam dan seterusnya boleh memburukkan keadaan pasaran kerja bagi siswazah menganggur, khususnya siswazah bumiputera yang kebanyakannya amat mengharapkan pekerjaan dalam sektor awam.”
(Dewan Masyarakat, April 2003)

i) Mengapakah perlunya pesaraan wajib bagi kakitangan awam di negara ini?
ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan,apakah punca kakitangan
awam yang telah bersara wajib ingin terus bekerja?

BAHAGIAN D

ARAHAN : JAWAB MANA-MANA SATU SOALAN

1. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan perbandingan nilai pasaran utama eksport sektor pertanian Malaysia mengikut negara pengimport bagi tahun 1990 dan tahun 1995. (15 markah)

“… Pada umumnya keluaran sektor pembuatan di Malaysia semakin berkembang pesat dengan adanya galakan tertentu yang disediakan oleh kerajaan serta kemajuan teknologi dalam sektor berkenaan. Maka tidaklah menghairankan berlakunya pertambahan nilai eksport keluaran sektor berkenaan daripada RM46 835 juta pada tahun 1990 kepada RM147 524 juta pada tahun 1995, iaitu pertambahan tahunan sebanyak kira-kira 25.8 peratus. Walaupun begitu, mengikut Negara pengimportnya pula,terdapat perubahan tertentu nilai eksport yang terlibat bagi kedua-dua tahun perangkaan berkenaan.
Negara yang menjadi rakan dagangan Malaysia yang nilai import keluaran sektor pembuatan Malaysianya yang semakin bertambah ialah Amerika Syarikat, iaitu daripada RM11 756 juta pada tahun 1990 kepada RM38 504 juta pada tahun 1995. Sungguhpun nilai eksport ke Singapura merosot daripada 27.5 peratus pada tahun 1990 kepada 22.2 peratus pada tahun 1995, namun nilai sebenar eksport ke negara jiran itu telah bertambah kepada RM32 750 juta.Demikian juga dagangan Malaysia dengan Kesatuan Eropah yang sungguhpun kelihatan menurun sebanyak 2.1 peratus kepada 15.4 peratus daripada jumlah nilai eksport pada tahun 1995,namun nilai sebenarnya bertambah hampir tiga kali ganda.Keadaan ini hampir sama dengan negara Jepun yang menunjukkan nilai importnya telahmeningkat hampir empat kali ganda, iaitu RM15 195 juta pada tahun 1995 berbandingdengan hanya 8.2 peratus sahaja daripada jumlah nilai eksport sektor pembuatan Malaysia pada tahun 1990.

Nilai
Nilai sebenar eksport keluaran sektor pembuatan Malaysia ke Hong Kong, yang juga merupakan rakan dagangan penting Malaysia sejak sekianlamanya, telah bertambah daripada RM2248 juta pada tahun 1990 kepada RM9146 juta pada tahun 1995. Demikian juga nilai eksport Malaysia ke Taiwan telah meningkat daripada 1.4 peratus daripada jumlah nilai eksport pada tahun 1990 kepada 3.0 peratus daripada jumlah nilai eksport pada tahun 1995.

Malaysia juga telah memperluas pasaran barangan keluaran sektor pembuatannya ke negara-negara sedang membangun yang tergolong sebagai Negara-Negara Selatan.Pertambahan dalam pasaran ini sungguh menggalakkan dengan sejumlah RM1358 juta, iaitu 2.9 peratus daripada jumlah nilai eksport telah berjaya diurus pada tahun 1990. Angka ini meningkat ke paras 6.1 peratus daripada jumlah nilai eksport pada tahun 1995.Semetara itu, nilai eksport ke negara-negara yang lain telah mencatatkan peningkatan sebanyak lebih dua kali ganda,iaitu daripada RM5901 juta pada tahun 1990 kepada RM15 785 juta pada tahun 1995…”
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Rancangan Malaysia Ketujuh,1996-2000)

2. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang menunjukkan keadaan turun naik petunjuk-petunjuk penting di Papan Pertama Bursa SahamKuala Lumpur bagi tempoh tahun 1990 hingga 1995. (15 markah)

“… Keadaan pasang surut pasaran di Bursa Saham Kuala Lumpur digambarkan pada beberapa indeks harga atau petunjuk utamanya, dan bagi tempoh tahun 1990 hingga tahun 1995 yang lalu, gambaran prestasi itu adalah sebagiaman diperihalkan di bawah ini.

Petunjuk yang paling popular dikenali sebagai Komposit. Secara purata,Indeks Komposit berada di paras 506 mata pada tahun 1990,meningkat sebanyak 50 mata pada tahun berikutnya; 644 mata pada tahun 1992, dan meningkat kira-kira sekali ganda,iaitu kepada 1275 mata pada tahun 1993,tetapi merosot sebanyak 304 mata pada tahun berikutnya, dan meningkat semula 24 mata pada tahun 1995.

Indeks Emas menunjukkan pertambahan yang sederhana,iaitu daripada paras purata 131 mata pada tahun 1990 ke paras 141 mata pada tahun 1991,dan bertanbah sebanyak 21 mata lagi pada tahun berikutnya. Indeks Emas pada tahun 1993 pula bertambah sebanyak 222 mata berbanding tahun sebelumnya, tetapi jatuh sebanyak 100 mata pada tahun berikutnya. Indeks emas pada tahun 1995 adalah hampir sama dengan tahun 1994, iaiitu pada paras 279 mata.

Indeks Perindustrian pada tahun 1991 telah meningkat sebanyak 46 mata daripada 1016 mata yang dicatat pada tahun 1990,dan bertambah sebanyak 26 mata pada tahun berikutnya. Peningkatan hampir sekali ganda dicatatkan pada tahun 1993, iaitu ke paras 2030 mata tetapi telah merosot sebanyak 315 mata pada tahun 1994, dan hanya bertambah sebanyak108 mata pada tahun 1995. Sementara Indeks Kewangan pula bertambah sebanyak 60 mata pada tahun 1991 daripada 2127 mata pada tahun 1990;dan telah meningkat ke paras 2703 mata pada tahun 1992. Pada tahun 1993, Indeks Kewangan bertambah secara luar biasa sebanyak 6057 mata, kemudian merosot pada tahun berikutnya ke paras 6806 mata, dan
kembali meningkat sebanyak 856 mata pada tahun 1995.

Rekod pada Indeks Harta juga telah mencapai puncaknya setakat ini pada tahun 1993, iaitu di paras 3370 mata sungguhpun dalam tiga tahun sebelumnya, masing-masing di paras 1158, 1238, dan 1140 mata. Pada tahun 1994, Indeks Harta berada di paras 2560 mata tetapi merosot sebanyak 456 mata pada tahun 1995.

Sementara itu, Indeks Perladangan mencatatkan nilai purata di paras 3573 pada tahun 1993 sungguhpun pada tahun-tahun sebelumnya adalah lebih rendah, iaitu masing-masing di paras 1073, 1061, dan 1118 mata. Pada tahun 1994 pula, nilai Indeks Perladangan ialah di paras 2758 mata dan kemudian merosot sebanyak 311 mata pada tahun 1995. Demikian juga, Indeks Perlembongan,telah telah mencatatkan paras tertinggi pada tahun 1993, iaitu sebanyak 858 mata berbanding dengan 176 mata pada tahun 1990, 204 mata pada tahun 1992, dan 179 mata pada tahun 1992. Indeks ini merosot sebanyak 302 mata pada tahun 1994, dan terus merosot ke paras 386 mata pada tahun 1995…”

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Rancangan Malaysia Ketujuh, 1996-2000)

………. KERTAS SOALAN TAMAT ……….

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: