PENGAJIAN AM STPM : BADAN KEHAKIMAN

DAN KEHAKIMAN

1. Kuasa mentafsir perlembagaan dan undang-undang diperuntukkan oleh

A. Majlis Raja-Raja kepada Mahkamah
B. Perlembagaan Malaysia kepada Parlimen
C. Perlembagaan Malaysia kepada mahkamah
D. Perlembagaan Malaysia kepada Majlis Raja-Raja

2. Hubungan antara Yang di-Pertuan Agong dengan badan kehakiman dapat dilihat daripada kuasa budi bicara. Kuasa ini digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk memberi pengampunan kepada pesalah yang telah dijatuhi hukuman oleh

I. Mahkamah Awam
II. Mahkamah Tentera
III. Mahkamah Anak Negeri
IV. Mahkamah Syariah seluruh Negara

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

3.
• Memelihara profesionalisme dan disiplin peguam
• Membuat peraturan, menyiasat, dan mengenakan tindakan tatatertib terhadap peguam

Pernyataan di atas merujuk kepada fungsi

A. Majlis Peguam
B. Peguam Negara
C. Ketua Hakim Negara
D. Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan

4.
• Encik Y didapati mati
• Keterangan saksi diperlukan
• Tiada sesiapa didakwa
• Tiada hukuman dijatuhkan

Mahkamah yang mendengar kes ini ialah

A. Mahkamah Tinggi
B. Mahkamah Sesyen
C. Mahkamah Koroner
D. Mahkamah Juvana
5.
Bidang Kuasa Mahkamah Syariah
Sivil Jenayah
I Nafkah Menukar agama
II Tidak membayar zakat Menganiaya isteri
III Harta sepencarian Menjual, membeli, dan meminum minuman keras
IV Melacur Perceraian

Yang manakah padanan kes yang betul mengikut bidang kuasa sivil dan jenayah Mahkamah Syariah?

A. I dan III
B. I dan IV
C. II dan III
D. II dan IV

6.
Kesalahan : Mencuri
Mahkamah : Mahkamah Majistret

Sekiranya tertuduh didapati bersalah, hukuman maksimum yang boleh dikenakan terhadap tertuduh ialah

Penjara Denda Rotan
A 5 tahun RM5000 10 kali
B 5 tahun RM7000 10 kali
C 5 tahun RM10 000 12 kali
D 5 tahun RM12 000 12 kali

7. Yang manakah benar tentang kes rayuan di Mahkamah Tinggi?

I. Sebarang rayuan mesti mendapat kebenaran Peguam Negara
II. Rayuan boleh dibuat oleh pendakwa atau yang dituduh dalam kes jenayah
III. Rayuan kes sivil mesti dibuat dalam masa 14 hari daripada tarikh keputusan dibuat
IV. Kes jenayah yang dirayu mestilah yang melibatkan denda lebih daripada RM1000

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

8.
• Hakim yang berpengalaman
• Disidangi oleh Majistret Kelas Dua atau Pegawai
• Tuntutan sivil yang nilainya tidak melebihi RM3000

Pernyataan di atas merujuk kepada

A. Mahkamah Juvana
B. Mahkamah Perusahaan
C. Mahkamah Bumiputera
D. Mahkamah Tuntutan Kecil

9.
Istilah Takrif
P Writ I Bukti yang mencukupi untuk perbicaraan
Q Injunksi II Perintah yang mengarahkan seseorang dalam tahanan dihadapkan ke mahkamah
R Habeas corpus III Perintah bertulis mahkamah yang mencegah atau membenarkan sesuatu dilakukan
S Prima facie IV Perintah rasmi mahkamah yang meminta defenden menghadirkan diri di mahkamah

Yang manakah padanan yang betul antara istilah kehakiman dengan takrifnya?

P Q R S
A I II III IV
B II III IV I
C IV II III I
D IV III II I

10. Pesalah-pesalah yang berikut dipertimbangkan untuk dijatuhi hukuman sebat. Pesalah-pesalah yang manakah yang akan dilepaskan daripada hukuman tersebut?

I. Pesalah perempuan
II. Pesalah lelaki yang berumur 45 tahun
III. Pesalah remaja yang berumur 21 tahun
IV. Pesalah lelaki yang akan menjalani hukuman mati mandatori

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

11. Siasatan awal kes di hadapan Mahkamah Majistret adalah untuk

A. Menentukan tiada kes yang boleh disabitkan dengan pihak yang dituduh
B. Menentukan sama ada terdapat prima facie terhadap pihak yang dituduh
C. Memberikan pihak yang dituduh peluang untuk membuat pembelaan dan memberikan keterangan
D. Memanggil dan memeriksa balas mana-mana saksi yang hadir di mahkamah

12.

Mahkamah Bumiputera Sarawak
I Mahkamah Pegawai/Ketua Bumiputera
II Mahkamah Ketua Kampung
III Mahkamah Bumiputera Residen
IV Mahkamah Daerah Bumiputera

Berdasarkan jadual di atas, struktur Mahkamah Bumiputera Sarawak mengikut urutan bidang kuasa ialah

A. I, II, III dan IV
B. I, II, IV dan III
C. II, I, III dan IV
D. II, I, IV dan III

13. Yang manakah benar tentang peranan Mahkamah Perusahaan dan Mahkamah Buruh

Mahkamah Perusahaan Mahkamah Buruh
A Mengendalikan kes pembayaran gaji Mengendalikan kes pembuangan pekerja oleh majikan
B Mengendalikan kes pembuangan pekerja oleh majikan Mengendalikan kes cuti dan pembayaran gaji pekerja yang berpendapatan tidak melebihi RM1000
C Mengendalikan kes pertikaian industri Mengendalikan kes penggajian buruh yang berpendapatan tidak melebihi RM800
D Menyelesaikan masalah pekerja bahagian industri Menyelesaikan semua masalah perburuhan dan pekerjaannya

14. Mengapakah perbicaraan di Mahkamah Juvenil dijalankan secara tertutup?

A. Bidang kuasa Mahkamah Juvenil adalah terhad
B. Pesalah-pesalah muda dilindungi daripada publisiti
C. Kehadiran orang ramai akan menjejaskan perjalanan perbicaraan
D. Mahkamah terbuka akan menjana simpati orang ramai semasa kes dibicarakan

15.
Suatu arahan telah dikeluarkan kepada Encik S supaya menghadirkan diri di mahkamah untuk menjadi saksi kepada kes rompakan yang berlaku di sebuah kedai emas

Dokumen yang dimaksudkan ialah

A. Afidavit
B. Sapina
C. Mandamus
D. Habeas Corpus

16.
“Kelakuan seorang hakim tidak boleh dibincangkan dalam mana-mana majlis Parlimen…”
“Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi adalah berkuasa menghukum sesiapa yang melakukan apa-apa penghinaan terhadapnya.”

Peruntukan di atas menjelaskan tentang

A. Kebebasan badan kehakiman
B. Ketertinggian badan kehakiman
C. Pengasingan kuasa badan kehakiman
D. Prinsip perlindungan badan kehakiman

17.
Kes Mahkamah
Encik X menuntut tunggakan sewa satu tahun berjumlah RM35 000 daripada Cik Y

Yang manakah benar tentang kes mahkamah antara Encik X dengan Cik Y di atas?

I. Kes ini boleh dibicarakan di Mahkamah Majistret
II. Encik X mesti mendapatkan Writ terlebih dahulu
III. Encik X adalah plaitif dan Cik Y adalah defendan
IV. Kes ini mesti didakwa oleh pendakwa raya

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

18.
• Boleh menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup
• Tuntutan kes sivil tidak melebihi RM250 000.00

Pernyataan di atas merujuk kepada

A. Mahkamah Sesyen
B. Mahkamah Rayuan
C. Mahkamah Tinggi
D. Mahkamah Persekutuan

19. Yang manakah kes berikut boleh didengar di Mahkamah Tentera?

I. Anggota tentera yang tidak mematuhi peraturan dalam kem
II. Anggota tentera yang tidak hadir kerja tanpa member sebab
III. Anggota tentera yang menggunakan senjatanya untuk melakukan jenayah
IV. Anggota tentera yang menuntut hak penjagaan anak daripada bekas isterinya

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

20. Yang manakah benar tentang Pesuruhjaya Kehakiman?

I. Pelantikan dibuat oleh Perdana Menteri
II. Pemecatan boleh dibuat oleh Ketua Hakim Negara
III. Menikmati kekebalan yang sama seperti hakim Mahkamah Tinggi
IV. Mempunyai kuasa untuk melaksanakan fungsi hakim Mahkamah Tinggi

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

21. Yang manakah benar tentang bidang tugas Mahkamah Persekutuan?

I. Melantik Ketua Hakim Negara
II. Mentafsirkan Perlembagaan Persekutuan
III. Mendengar kes rayuan dari Mahkamah Rayuan
IV. Membicarakan kes tuntutan Sivil yang tidak melebihi RM100 000.00

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

22. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang pelantikan ahli panel bagi badan pengadilan?

Pelantikan ahli panel Pihak yang terlibat
I Mahkamah Tentera Menteri Keselamatn Dalam Negeri
II Mahkamah Perusahaan Menteri Sumber Manusia
III Tribunal Tuntutan Pengguna Menteri Kewangan
IV Mahkamah bagi Kanak-kanak Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

23.
Kes : Pertikaian tanah antara Kerajaan
Persekutuan dengan Kerajaan Negeri

Sesuatu rayuan terhadap keputusan Tribunal Tanah bagi kes yang di atas hendaklah dibuat kepada

A. Mahkamah Tinggi
B. Mahkamah Rayuan
C. Majlis Tanah Negara
D. Mahkamah Persekutuan

24. Antara yang berikut, yang manakah kes yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera?

I. Anggota tentera yang ingkar dengan arahan pihak atasan
II. Anggota tentera yang dituduh mengganggu ketenteraman awam
III. Orang awam yang ditangkap semasa menceroboh masuk ke kem tentera
IV. Anggota tentera yang tidak hadir bekerja tanpa kebenaran atau cuti sakit

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

25.
• Menyelesaikan suatu pertikaian antara negeri dengan negeri
• Menentukan kesahan suatu undang-undang yang digubal oleh badan perundangan negara

Antara yang berikut, badan yang manakah yang mempunyai kuasa untuk mendengar dan memutuskan pertikaian di atas?

A. Majlis Raja-Raja
B. Mahkamah Tinggi
C. Mahkamah Rayuan
D. Mahkamah Persekutuan

26. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang bidang tugas Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-Undang

I. Memecat Peguam Negara
II. Melantik Hakim Mahkamah Tinggi
III. Mengenakan tindakan disiplin kepada Majistret
IV. Mengesahkan jawatan kakitangan Jabatan Peguam Negara

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
27.
Encik X telah ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dia memohon supaya dihadapkan ke mahkamah untuk dibebaskan.

Antara yang berikut, yang manakah merujuk kepada permohonan Encik X?

A. Alibi
B. Afidavit
C. Mandamus
D. Habeas Corpus

28.
Seorang anggota tentera yang berpangkat Staf Sarjan telah mengemukakan saman terhadap ketuanya yang menipu berhubung dengan penjualan sebidang tanah

Antara mahkamah berikut, yang manakah yang akan mendengar kes tersebut?

A. Mahkamah Khas
B. Mahkamah Syariah
C. Mahkamah Tentera
D. Mahkamah Sesyen

29. Prima facie bermaksud

A. Mempunyai bukti-bukti yang kukuh untuk memulakan pendakwaan
B. Menangguhkan sesuatu kes hingga suatu tarikh yang belum ditetapkan
C. Perintah mahkamah untuk mengetepikan keputusan yang dibuat oleh mahkamah yang lebih rendah
D. Bukti yang menunjukkan seseorang tidak berada di tempat kejadian ketika sesuatu jenayah dilakukan

30. Antara yang berikut, yang manakah situasi yang membolehkan kes rayuan didengar di Mahkamah Rayuan?

A. Rayuan dibuat untuk mengurangkan kos perbicaraan mahkamah
B. Mahkamah Tinggi sudah membuat keputusan dalam kes berkenaan
C. Mahkamah Tinggi sudah menjalankan siasatan awal untuk kes berkenaan
D. Kes rayuan sivil mesti melibatkan wang tidak melebihi RM100 ribu atau dengan keizinan khas

31. Antara yang berikut, yang manakah ketua pentadbir bagi mahkamah-mahkamah di Malaysia?

A. Peguam Negara
B. Ketua Pendaftar
C. Ketua Hakim Negara
D. Pegawai Penasihat Undang-Undang

32.
Carta 1 : Peringkat penyelesaian pertelingkahan antara majikan dengan pekerja

Carta 1 di atas menunjukkan urutan penyelesaian pertelingkahan antara majikan dengan pekerja Syarikat PQ. Y ialah penyelesaian oleh

A. Mahkamah Buruh
B. Mahkamah Perusahaan
C. Menteri Sumber Manusia
D. Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan

33.
Perintah Lelongan:
Hartanah : Sebuah kedai dua tingkat
Plaintif : Bank Z
Defendan : Encik X

Pihak yang mengeluarkan perintah lelongan bagi hartanah di atas ialah

A. Mahkamah Tinggi
B. Mahkamah Persekutuan
C. Tribunal Tuntutan Pengguna
D. Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah

34. Antara yang berikut, yang manakah yang benar tentang saksi dalam sesuatu perbicaraan?

I. Saksi dipanggil untuk hadir di mahkamah melalui sapina
II. Saksi perlu hadir di mahkamah bersama dengan peguamnya
III. Waran tangkap boleh dikeluarkan untuk menangkap saksi yang gagal hadir di mahkamah
IV. Saksi dalam sesuatu perbicaraan kes bunuh boleh ditahan di penjara hingga hari perbicaraan

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

35.
Encik X membuat rusuhan di tempat awam

Encik X boleh dihadapkan ke mahkamah melalui

A. Saman
B. Waran tangkap
C. Writ mahkamah
D. Tangkapan tanpa waran

36. Antara yang berikut, yang manakah anggota Mahkamah Khas?

I. Perdana Menteri
II. Peguam Negara
III. Hakim Besar Mahkamah Tinggi
IV. Presiden Mahkamah Persekutuan

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

37.
• Mentafsirkan peruntukan Perlembagaan Negeri
• Menyelesaikan sebarang pertikaian antara Kerajaan Negeri

Pernyataan di atas merujuk kepada bidang kuasa

A. Mahkamah Tinggi
B. Mahkamah Majistret
C. Mahkamah Persekutuan
D. Mahkamah Anak Negeri

38. Yang manakah yang termasuk dalam bidang kuasa Mahkamah Sesyen?

I. Mengendalikan kes rayuan
II. Membicarakan semua kes jenayah
III. Memeriksa rekod kes sivil mahkamah yang lebih rendah
IV. Mengeluarkan writ atau saman berkaitan dengan tuntutan sewa

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
39. Yang manakah kes jenayah yang dibicarakan di Mahkamah Syariah?

I. Menyebarkan ajaran sesat
II. Melakukan pecah amanah wang Baitulmal
III. Mengelak daripada membayar zakat fitrah
IV. Menyamar sebagai penguat kuasa Jabatan Agama Islam

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

40.
I Pertikaian antara sebuah negeri dengan persekutuan
II Bank M memohon agar Encik Q diisytiharkan muflis
III Encik K menuntut penjelasan hutang sebanyak RM15 000 dari syarikat P

Yang manakah padanan yang betul antara kes-kes di atas dengan mahkamah-mahkamah yang mengendalikan kes-kes tersebut?

Mahkamah Persekutuan Mahkamah Tinggi Mahkamah Sesyen
A I II III
B I III II
C II I III
D III II I

41.
• Beliau mempunyai kelebihan daripada orang lain yang hadir di mahkamah
• Beliau bertindak sebagai pendakwa raya dalam kes jenayah

Pernyataan di atas merujuk kepada

A. Peguam Negara
B. Peguam cara Negara
C. Ketua Hakim Negara
D. Pesuruhjaya Kehakiman

42. Yang manakah kes sivil yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi?

I. Pengambilan anak angkat
II. Pemecatan kerja oleh majikan
III. Pengisytiharan bankrap oleh bank
IV. Kesahan undang-undang yang dibuat oleh Parlimen

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

43. Mahkamah yang manakah yang kes rayuannya boleh didengar di Mahkamah Tinggi?

I. Mahkamah Khas
II. Mahkamah Buruh
III. Mahkamah Syariah
IV. Mahkamah bagi Kanak-kanak

A. I dan III
B. I dan IV
C. II dan III
D. II dan IV

44. Yang manakah bidang kuasa Mahkamah Persekutuan?

A. Menentukan kesahan prosiding Dewan Rakyat
B. Membatalkan perbicaraan yang dijalankan oleh Mahkamah Tinggi
C. Mendengar kes rayuan sivil yang dibicarakan oleh Mahkamah Syariah
D. Memberikan nasihat tentang persoalan Perlembagaan yang dirujukkan kepadanya

45. Dokumen yang dikeluarkan oleh mahkamah yang memerintahkan pihak pembela supaya hadir pada masa dan dalam tempoh yang ditetapkan disebut

A. Writ
B. Waran
C. Saman
D. Afidavit

46. Yang manakah jawatan yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja?

I. Ketua Pendaftar Mahkamah
II. Presiden Mahkamah Rayuan
III. Hakim Besar Mahkamah Tinggi
IV. Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-Undang

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: