UMNO DAN PAS SAMA-SAMA PEJUANG ISLAM

Hari demi hari rakyat dipolemikkan berkaitan siapa lebih Islam, PAS atau UMNO. Dari sudut pandangan ahli-ahli parti dan penyokong PAS hanya mereka pejuang Islam sejati. Wadah perjuangan PAS dikatakan sangat Islam, sementara bagi parti UMNO mereka lebih kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu bersederhana kerana mereka lebih menyedari sebagai pemerintah kepada rakyat berbilang kaum dan agama memerlukan sikap toleransi yang tinggi bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan sehingga hari ini. Seringkali PAS menguar-uarkan kejayaan mereka mentadbir Kelantan secara baik, tidak ada rasuah, tidak ada pusat karaoke, tidak ada tempat jualan arak 24 jam dan sebagainya. Umumnya, ahli parti PAS mungkin sudah lupa, di Kelantan majoriti rakyatnya Melayu beragama Islam yang tahu meminum arak itu haram. Jadi, mana mungkin kedai-kedai arak akan dibuka 24 jam memandangkan orang Cina dan India boleh dikira dengan jari. Kalau PAS mentadbir Malaysia (boleh ke?), mana boleh, di Kedah pun kecoh dengan isu babi bila orang Cina melenting terus ikut telunjuk dan bagi tanah yang lebih luas untuk sembelih babi. Itu baru satu isu. Bagaimana dengan isu pornografi dan seks di kalangan rakyat. Apa PAS boleh buat. Tengok sajalah…..ADUN YB Elizebeth Wong pun boleh kata hak ekslusif peribadi, sedangkan yang ambil gambarnya orang Melayu. PAS hanya boleh jadi sekadar Pak Turut sahaja. Berlainan dengan UMNO, walaupun terus meletakkan Islam di tempat tertinggi dalam pentadbiran negara. Cuma UMNO mentadbir negara ibarat “menarik rambut dari tepung, rambut jangan putus tepung jangan berselerak”. Maka, melalui dasar UMNO inilah lahirnya pejuang-pejuang Islam termasuk pemimpin PAS seperti Nik Aziz, Haji Hadi, Mahfuz Omar dan ramai lagi di dalam negara kita. Kalau UMNO tidak meletakkan Islam dalam perjuangan mereka seperti yang dikata Nik Aziz UMNO ini komunis, sudah lama pemimpin-pemimpin tadi dibunuh tidak berkubur. Lihat sahaja di China, bila ada rakyat yang tidak puas hati pada kerajaan ditembak mati. Begitu juga semasa era Rejim Saddam Hussin, ramai pembangkang ditembak mati. Ada ke perkara ini berlaku di Malaysia.
Konklusinya : Hentikanlah polemik siapa lebih Islam. Kita sama sahaja, bezanya Allah akan nilai amalan kita di hari akhirat. Buatlah baik dan dapatkan pahala sebanyak mungkin semasa hayat masih ada. Jangan pula asyik nak berbuat dosa dengan menyebar fitnah hingga Islam kita menjadi lemah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: