DEBAT NIK AZIZ

Isu 1 : UMNO tolak Islam
UMNO ahlinya Melayu dan muallaf Islam. Betul ke UMNO tolak Islam. Daripada tinjauan, ahli UMNO sembahyang 5 kali sehari, puasa, berzakat, menunaikan haji dan mengamalkan ajaran Islam. Tetapi PAS tolak orang UMNO, kafir katanya. Orang bersolat, puasa, naik haji, berzakat dikatakan kafir. Situasi ni siapa tolak Islam, PAS menolak orang Islam. Kalau tolak Islam, tak mungkin akan ada masjid tempat ibadah, surau atau madrasah, sekolah agama, Bank Islam, Tabung Haji dan banyak lagi yang menjaga kepentingan umat Islam. Fatwa PAS haramkan rokok, tetapi berapa ramai ahli PAS yang masih hisap benda haram tu. Perkara haram hendaklah dijauhi.

Isu 2 : UMNO lawan PAS
Secara logiknya, PAS lawan UMNO dan bukan UMNO lawan PAS. Yang cadangkan kerajaan perpaduan, PAS. Yang menolak juga PAS. UMNO sentiasa menyokong benda yang baik. Macam mana UMNO tak lawan PAS, sebab PAS sentiasa menggunakan Al-Quran demi kepentingan peribadi dan bermotif memecahkan persaudaraan umat. Amanat Haji Hadi contohnya, mengkafirkan UMNO (Melayu Islam) sehingga di Terengganu berimankan 2 iman. Nik Aziz pula sanggup meminta pertolongan syaitan bagi mengalahkan UMNO (Melayu Islam) semata nakkan kekuatan untuk menang. Beliau lupa sebelum membaca Al-Quran kita mengucapkan kata-kata “Aku berlindung dari syaitan yang direjam”. Apa Nik Aziz ingat beliau sehebat Nabi Sulaiman a.s. Maka betul ke, PAS Islam? Orang Islam ke yang berkata-kata sedemikian? UMNO tak pernah pula menuduh PAS sebagai puak yang mengamalkan ajaran sesat walaupun PAS menuduh UMNO dengan macam-macam hingga orang Melayu di kampung-kampung sanggup memutuskan silatulrahim. Maka atas dasar kebenaran, UMNO menentang PAS

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: