UMNO PEMANGKIN KETAMADDUNAN ISLAM DI MALAYSIA

Bermula dari era kepemimpinan Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussin Onn, Tun Mahathir, Tun Abdullah hinggalah kepada Datuk Seri Najib, Islam di negara ini dipelihara dengan begitu subur sebagaimana yang diamanahkan oleh rakyat melalui pilihanraya. Pembinaan masjid-masjid sebagai tempat ibadah bagi umat Islam bercambah dengan sangat banyak. Pelbagai kemudahan moden dilengkapi bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran dilakukan di dalam masjid. Keselesaan dapat kita semua rasai sebaik sahaja berpijak di tangga masjid, bahkan ada masjid atau surau dilengkapi dengan kemudahan aircond. Kemudahan ini sudah tentu tidak dinikmati oleh umat Islam di negara yang pemerintahnya komunis.
Dalam bidang pendidikan, telah ada mercu tanda yang agung di negara kita, iaitu Universiti Islam Antarabangsa. Di universiti awam lain pula telah diwujudkan bidang-bidang Pengajian Islam. Peranan IPTA ini telah berjaya melahirkan ramai ulama, hakim, ustaz dan ustazah walaupun akhirnya mereka ini menjadi pembangkang yang kuat. Mungkin mereka merasakan mereka lebih pandai..jadi ucapan terima kasih pada kerajaan sudah tidak perlu. Golongan ini boleh dikatakan sebagai “kacang lupakan kulit” sedangkan dalam Islam ditekankan dengan konsep bersyukur. Bersyukur ini bukan sahaja kepada Allah tetapi juga perlu berterima kasih kepada pemberinya iaitu pemerintah.
Dalam bidang perekonomian Islam, kerajaan UMNO telah mewujudkan sistem perbankan syariah sebagai alternatif bagi umat Islam menabung dan meminjam. UMNO telah mewujudkan Lembaga Tabung Haji, Bank Islam dan Bank Rakyat bagi membantu umat Islam di negara ini. Pada hari ini, institusi ini telah dijadikan model oleh negara Islam lain di dunia di dalam menguruskan negara mereka. Benarlah kata pepatah “gajah di depan hidung tak nampak, tetapi lalat di seberang laut kita nampak.
Dalam sistem perundangan, UMNO telah mewujudkan mahkamah syariah bagi mendengar kes sivil dan jenayah yang melibatkan umat Islam. Kes Ketua Dewan Ulama Perlis yang mengabaikan isteri juga akan dibicarakan di mahkamah ini. Rupanya dah jadi Ketua Ulama pun masih menyiksa zahir dan batin isteri juga yea…Kata tahu hukum hakam Allah. Bunyi saja sedap..dua kali lima dengan Mat Mabuk Todi bab berbini ni.
Tegasnya, dengan kebijaksanaan kepemimpinan UMNO dan sikap toleransi UMNO maka parti PAS dapat bernafas hingga ke hari ini. UMNO – Untuk Membela Nasib Orang dan BN = Bina Negara dan Bina Nusa berbading PAS (Parti Ajaran Sesat) dan PR (Pakai Rodok).
Tegasnya, kerana adanya UMNO maka Islam di negara ini terus terpelihara dan menjadi tamaddun yang dihormati di mata dunia.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: