NIK AZIZ BANTAH KERAJAAN PERPADUAN HAJI HADI. KENAPA?

Muktamar dan pemilihan saf-saf kepimpinan PAS telah pun diketahui oleh ramai rakyat. 2 pemimpin teratas kekal milik Haji Hadi dan Nasharudin Mat Isa. Haji Hadi menang tanpa bertanding dan Nasharudin berjaya menang selesa setelah mengalahkan Husam Musa dan Mat Sabu. Menariknya dalam muktamar kali ini ialah perwakilan tidak menghiraukan pandangan Mursyidul Amnya iaitu Nik Aziz agar menolak idea Kerajaan Perpaduan. Husam Musa sebagai ayam sabung Nik Aziz (juga proksi Anwar Ibrahim) gagal dalam perebutan kerusi No. 2 parti. Kalau menang, maka Husam bolehlah menyekat pengaruh Haji Hadi di dalam PAS. Ditakdirkan maka Husam pun kalahlah. Kata beliau, kekalahannya memang sudah dijangka. Bahkan beliau begitu kecil hati dengan slogan PAS iaitu “BERSAMA KEPIMPINAN ULAMA” yang dikatakan tidak menyebelahinya. Pelik dan hairan….bila seorang pemimpin utama PAS Kelantan turut menimbulkan soal kroni dalam Parti PAS. Nampaknya tidak adalah peluang Husam nak jadi Perdana Menteri sebab kalau PAS memerintah negara Presidennya ialah terdiri dari ulama atau guru pondok. Maka sebab itu beliau kata, kiranya PAS dan UMNO bercantum maka paling tinggi jawatan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Nampaknya suara Husam senada dengan suara Nik Aziz.

Berbalik kepada ucapan penggulungan hujah oleh Presiden Parti, Datuk Seri Haji Hadi beliau secara terbuka menyatakan PAS sedia berunding dengan kerajaan UMNO berkaitan Kerajaan Perpaduan. Mungkin bagi Datuk Presiden beliau mula melihat masa depan negara dan masyarakat Melayu serta cabaran ekonomi global maka dirasakannya adalah menjadi tanggungjawab sesama Islam saling membantu. Atau mungkin kerana Presiden merasakan PAS di dalam Pakatan Rakyat hanya menjadi kuda tunggangan Anwar dan DAP kerana banyak isu yang ditimbulkan oleh PKR dan DAP tempiasnya turut dirasakan oleh PAS yang membawa imej Islam tetapi terpaksa dikorbankan Islamnya kerana menjaga hati PKR dan DAP. Sebagai contoh kes ADUN Bukit Lanjan YB Elizebeth Wong yang gambar bogelnya disebar di media maya telah menghilangkan jati diri PAS, bahkan PAS hanya mampu mengatakan ianya pencerobohan peribadi ke atas YB berkenaan. Begitu juga isu rasuah dalam PRK Penanti. PAS bencikan rasuah tetapi pada masa yang sama masih menjadi pembela kepada perasuah. Mungkinkah Haji Hadi melihat gabungan PR tidak akan kekal lama maka idea Kerajaan Perpaduan dilontarkan.

Idea Haji Hadi dibantah keras oleh Nik Aziz. Nik Aziz tidak mahu sebarang kerjasama dengan UMNO. Beliau tidak setuju dengan ucapan dasar Presiden yang dipilih oleh perwakilan seluruh negara. Katanya beliau serik bergabung dengan UMNO sebab PAS pernah ditendang keluar dari Barisan Nasional. Betul ke itu merupakan alasan paling dominan? UMNO Islam dan PAS juga Islam. Kenapa tidak boleh bergabung. Islam hanya mempunyai satu Nabi iaitu Muhammad s.a.w. dan bukannya Nabi Nik Aziz atau Nabi Najib. Nabi s.a.w menggesa umatnya agar bersatu padu. Pada pandangan saya, Nik Aziz tidak mahu dan menolak keras Kerajaan Perpaduan kerana beliau berdendam dengan kerajaan BN yang menahan anaknya Nik Adli sebagai tahanan ISA. Seingat saya, Nik Aziz pernah berkata beliau tidak akan memaafkan kerajaan BN sampai mati di atas perbuatannya menahan Nik Adli sebaik Nik Adli dibebaskan dari ISA. Kalau betul beliau masih belum maafkan kerajaan BN, maka itulah beliau menolak Kerajaan Perpaduan walaupun ianya dicetuskan oleh Presiden PAS sendiri.

Konklusinya; Kerajaan Perpaduan ditolak Nik Aziz kerana DENDAM PERIBADI dan bukan DENDAM PARTI.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: