KADET BOMBA PASIR PUTEH JOHAN KESELURUHAN PERKHEMAHAN NEGERI KELANTAN

PASIR MAS : Kontigen Kadet Bomba Daerah Pasir Puteh sekali lagi merangkul Johan Keseluruhan Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan yang bermula pada 30 Mei dan berakhir pada 3 Jun 2009. Kontigen Pasir Puteh berjaya merangkul johan dalam 2 acara iaitu Pertandingan Kawad Kaki Perempuan dan Pertandingan Kawad Operasi Menyelamat Kering Perempuan. Bagi acara lain yang dipertandingkan kontigen Pasir Puteh berjaya merangkul hampir kesemua tempat sama ada sebagai naib johan atau tempat ke-3. Pada pertandingan malam kebudayaan, Kontigen Pasir Puteh mendapat tempat kedua walaupun ramai yang menjangkakan kontigen ini bakal memenangi acara ini berdasarkan persembahan yang mantap dan memukau penonton. Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan pada tahun ini dirasmikan oleh Yang Amat Berusaha Tuan Haji Ghazali Bin Abd Rahman.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: