PEMBAZIRAN SUMBER DI KELANTAN….SALAH SIAPA?

Kelantan ini negeri yang cantik dan menarik. Ada tasik dan pantai. Tetapi sayang, sumber anugerah Allah swt ini tidak dieksploitasikan sepenuhnya bagi mendapatkan sumber kepada kewangan negeri. Ada yang kata, kerajaan negeri tidak dapat merancang banyak pembangunan kerana kekurangan wang. Jika itu benar, maka kerajaan negeri haruslah memikirkan cara untuk mencari dana. Salah satunya memajukan kawasan reakrasi sebagai pusat pelancongan. Satu hari saya pergi meninjau salah satu tasik di Danau To’ Uban, Pasir Mas. Tempatnya menarik dan banyak pulau-pulau kecil tetapi terbiar tidak dimajukan. Kalau tidak dimajukan, macam mana kerajaan negeri nak dapat duit. Bila dimajukan, bolehlah diberi sewa kepada organisasi tertentu. Sempat saya bertanya, status tanah berkenaan kepada penduduk setempat dan mereka memberitahu ianya milik Majlis Daerah Pasir Mas. Setahu saya MDPM pula di bawah kawalan kerajaan negeri. Ini satu contoh di Pasir Mas. Di Pasir Puteh pula di kawasan Jalan Kulim ke Tok Bali ada tempat yang menarik untuk dijadikan tapak reakrasi milik JPS. Kalau kawasan ini dibangunkan, paling mudah dijadikan tapak perkhemahan sekurang-kurangnya duit poket kerajaan ini masuk juga.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: