ORANG KATA UMNO AMAL KRONI….BETUL KE?

Sebelum saya mengulas isu ini ada baiknya terutama pembaca yang beragama Islam cuba renung dengan mendalam hadis ini. Saya rasa ada ramai yang belum pernah membacanya atau sudah pernah mendengarnya tetapi tidak dipraktikkan dalam kehidupan atas sebab-sebab tertentu yang para pembaca sendiri sedia maklum. Berikut adalah petikan hadis daripada Shahih Muslim Bil. 1789.
…Dari Amir bin Saad bin Abi Waqqash r.a. katanya: “Aku berkirim surat kepada Jabir bin Samurah melalui pelayanku Nafi’, meminta kepadaku hadis yang pernah didengarnya dari Rasulullah saw. Dia membalas suratku sebagai berikut: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda pada hari Jumaat petang iaitu ketika suku Aslam direjam, sabdanya: Agama ini akan sentiasa tegak hingga hari kiamat, atau sampai habis 12 orang khalifah memerintah, yang kesemuanya dari Quraisy. Aku mendengarnya pula bersabda, “Satu kelompok kaum muslimin akan menaklukkan Istana Putih Kisra (Raja Persia).” Dan aku mendengar pula beliau bersabda, “Sebelum terjadi hari kiamat akan muncul pembohong besar (Dajjal), maka waspadalah terhadap mereka.” Aku mendengar pula beliau bersabda, “Jika Allah mengurniai kamu sesuatu kebaikan (kekayaan), pertama-tama manfaatkanlah untuk dirimu sendiri, dan untuk keluargamua. Aku mendengar juga beliau bersabda, “Aku lebih dahulu dan menunggu di telaga.

Maka bersandarkan hadis di atas, maka apabila UMNO dikatakan mengamalkan kroni salahkah dalam Islam? Betul ke UMNO amal kroni, kayakan kroni? PAS tak amal kroni ke? PKR tak amal kroni ke? PAS – Nik Abduh dan menantu Nik Aziz bukan kroni ke apabila diberi ruang memegang jawatan tinggi negeri. Semasa Anwar menjadi orang No. 2 UMNO, beliau tidak amal kroni ke? Kalau betul UMNO sangat mementingkan kroninya, kenapa ramai anak-anak ahli UMNO yang turut terlibat dalam pengangguran? Dalam jabatan kerajaan (bahkan ketua jabatan) ada yang menentang kerajaan, tetapi diberi peluang dan ruang maju ke depan dan tidak disekat apatah lagi tidak diberi gaji bulanan. Jika amalan sunnah Nabi dijadikan panduan maka tidak timbul pendapat ramai yang mengatakan UMNO ini mengamalkan kroni sebab kroni adalah digalakkan di dalam Islam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: