Sepatutnya kita orang Melayu harus berterima kasih kepada kerajaan BN (UMNO) yang Berjaya mengambil kembali Perak daripada dikuasai oleh bangsa lain. Ketika PR berkuasa hanya ada 4 orang sahaja wakil orang Melayu, tetapi apabila BN berkuasa kembali hanya 1 orang sahaja yang bukan Melayu dilantik ke jawatan exco. Kita perlu sedar di Perak 60% sahaja terdiri daripada orang Melayu dan 40% lagi orang bukan Melayu. PR sepatutnya melantik 6 orang Melayu dan 4 orang bukan Melayu sebagai Exco negeri iaitu dengan nisbah 6:4. Syukur apabila BN Berjaya merampas Perak dan kuasa Melayu dikembalikan kepada Melayu. Buruk macam mana pun ianya Melayu. Kita kenal hati budinya. Orang asing belum tentu hatinya.
Filed under: PENGAJIAN AM |
Tinggalkan Jawapan