PAS GAGAL DI KELANTAN

Antara kegagalan PAS di Kelantan:
1. Melakukan kerosakan di muka bumi ini dengan cara memberi tender penebangan hutan secara berleluasa sebagaimana di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang. Kesan daripada aktiviti berkenaan telah menyebabkan berlakunya kemusnahan habitat hidupan liar dan yang paling ketara pencemaran Sg. Kelantan.
2. Di zaman Rasulullah, Masjid merupakan tempat penyatuan ummah dan setiap tutur kata di dalam masjid dijaga tatatertibnya agar masjid dipandang tinggi oleh masyarakat bukan sahaja di dalam kalangan orang Islam tetapi juga oleh orang bukan Islam. Tetapi cara PAS lain, masjid dijadikan tempat menfitnah sesama Islam, melaga-lagakan orang tertentu dan membuat penyebaran fakta yang tidak betul.
3. Islam amat menitikberatkan soal kebersihan. Nabi saw pernah bersabda, “Kebersihan adalah sebahagian daripada Iman”. Amat malu bagi kerajaan PAS yang katanya Kelantan lebih Islam dari negeri-negeri lain di Semenanjung. Hakikatnya Islam PAS hanya sebahagian sahaja sebab kerajaan Kelantan (PAS) sangat mengabaikan soal kebersihan di kalangan rakyatnya. Hari ini kain rentang dan kempen lebih kepada soal-soal ceramah tetapi soal-soal menerapkan nilai keislaman sangat kurang. Kita ambil contoh mudah untuk dibuat perbandingan. Bandingkan tandas masjid yang ada di Kota Bharu Bandaraya Islam dengan Batu Pahat Bukan Bandaraya Islam. Masjid mana lebih bersih? Masjid di negeri Serambi Mekah ini penuh dengan bau hancing air kencing dan busuk tahi hingga meloyakan tekak apabila bernafas. Situasi lain pula, sampah sarap di tepi jalan-jalan utama Persekutuan sampai melimpah ke tengah jalan dan berulat. Busuk jangan dikira.
4. Mengeksploitasi hukum alam demi kepentingan diri seolah-olah PAS lebih tahu akan segala tindakan Allah swt. Bila negeri Pantai Barat Semenanjung mengalami banjir buruk, mereka (PAS) berkata itu musibah Allah swt kerana tidak melaksanakan hukumNya. Bagaimana dengan banjir di Daerah Tumpat dan Rantau Panjang tahun 2008? Sebulan lebih air bertakung. Tak pula dikata banjir ni sebab mencuci dosa akibat kemungkaran yang dilakukan. Bagaimana kemarau di Kelantan kini? Apa tafsiran PAS? Tentu jawapannya nak kiamat dah…..
5. Ramai di kalangan remaja baik yang masih bersekolah atau tidak, terjebak dalam gejala sosial yang bertentangan dengan nilai Islam. Budaya merempit (Padang Tembak Kota Bharu), ragut, menghisap dadah dan mengambil pil kuda, berjudi terus menular di negeri ini. Agaknya kerana terlalu asyik berceramah dan memberi tazkirah yang lebih banyak menghasut daripada mendidik menyebabkan masalah seumpama ini masih berterusan. Saya fikir PAS ada alasan iaitu; “Remaja yang terlibat bukan orang PAS atau anak orang PAS jadi tak perlulah PAS fikirkan sangat.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: