ANCAMAN TERHADAP DUNIA ISLAM

Surah Al-Baqarah ayat 120 yang bermaksud:

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sesekali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menuruti agama mereka (yang telah terpesong itu)

Sedarkan tuan-tuan dan puan-puan, kita sekarang ini berada diambang kemusnahan angkara rancangan jahat Yahudi dan Nasrani apabila ada pihak tertentu yang telah bersekongkol dengan Yahudi untuk menghancurkan negara dan agama Islam di Malaysia.

Antara badan yang pro-Yahudi dan terlibat aktif di negara ini ialah Konrad Adenauer Foundation (KAF). KAF sebuah Yayasan yang didaftarkan di Jerman, merupakan kumpulan pemikir dan badan latihan yang bernaung di bawah parti Kesatuan Kristian Demokrat (CDU). KAF mempunyai hubungan yang erat dengan American Jewish Committee (AJC – Jawatankuasa Yahudi Amerika), sebuah badan yang menjaga kebajikan dan kepentingan Yahudi berpusat di New York, Amerika Syarikat.

Selain beribu pejabat di Berlin, KAF mempunyai lebih 60 buah pejabat di luar negara serta mengendalikan program bersama 200 badan seumpamanya di 120 buah Negara di seluruh dunia.

Sejak 1970, KAF telah mengendalikan kerjasama dengan pertubuhan dan badan-badan NGO di Malaysia. Antaranya adalah seperti berikut:

1. Majlis Peguam (Bar Council)
2. Interfaith Commission (IFC)
3. Institut Kajian Dasar (IKD)
4. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
5. Aliran Kesedaran Rakyat (Aliran)
6. All Women’s Action Society (AWAM)
7. Angkatan Belia Islam (ABIM)
8. Centre for Independent Jounalism (CIJ)
9. Citizens Heakth Initiative
10. ERA Consumer Malaysia (ERACON)
11. Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS)
12. Group of Concerned Citizens (GCC)
13. Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit)
14. Labour Resource Centre (LRC)
15. Malaysia Trade Unions Congress (MTUC)
16. Malaysia Youth & Student Democratic Movement (DEMA)
17. Malaysian Voters Union (MALVU)
18. National Human Rights Society (HAKAM)
19. Parti Islam SeMalaysia (PAS)
20. Parti Keadilan Rakyat (PKR)
21. Parti Sosial Malaysia (PRM)
22. Pusat Janadaya (EMPOWER)
23. Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS)
24. Research for Social Advancement (REFSA)
25. Sarawak National Party (SNAP)
26. Save Ourselves (SOS Penang)
27. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
28. Tamil Foundation
29. Women’s Development Collective (WDC)
30. Writers Alliance for Media Independence (WAMI)
31. Komunite Seni Jalan Telawi

KAF MENDALANGI TUNTUTAN INTERFAITH COMMISSION (IFC) DI MALAYSIA

Interfaith Commission yang dahulunya dikenali sebagai Inter Religious Council (IRC) telah menuntut untuk menjadi sebuah badan berkanun yang ada KUASA mengubah ajaran agama Islam jika didesak oleh agama lain.

Ianya seperti sebuah MAHKAMAH dan SUHAKAM yang melayan segala aduan dan keputusannya adalah muktamad.

Penganjur penubuhannya ialah Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduisme dan Sikhism melalui memorandum kepada Majlis Peguam Negara pada 21 Ogos 2001 di bawah pimpinan V Harcharan Singh.

Pada 8 Disember, telah, telah diadakan satu “Festival of Rights” dengan tema “Kebebasan Beragama”. Pada 10 Disember 2001, Majlis Peguam telah menganjurkan forum “Kebebasan Beragama” dan menerbitkan artikel dalam jurnal INSAF.

Pada 17 Mac 2003, telah diadakan satu bengkel yang membincangkan keperluan kewujudannya. Namun begitu kewujudannya gagal kerana persatuan, NGO serta beberapa pemimpin Islam telah menarik diri.

Pada Januari 2005, satu draf undang-undang penubuhan telah dikemukakan dalam persidangan penubuhan IFC yang dianjurkan oleh Yayasan Kristian iaitu Konrad Adenauer Foundation (KAF).

MATLAMAT IFC
Meminda beberapa ajaran asas Islam yang seterusnya akan merosakkan akidah orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang bukan Islam

14 TUNTUTAN IFC KEPADA PIHAK KERAJAAN
1. Anak yang dilahirkan oleh ibubapa yang beragama Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam
2. Orang bukan Islam yang memeluk agama Islam hendaklah diberi kebebasan keluar dari Islam (MURTAD) tanpa dikenakan tindakan undang-undang
3. Kes orang Islam yang keluar dari agamanya (murtad) hendaklah dikendalikan oleh Mahkamah Sivil
4. Perkataan “Islam” tidak perlu dicatatkan dalam kad pengenalan (MyKad) seseorang muslim
5. Orang bukan Islam tidak perlu memeluk Islam sekiranya berkahwin dengan orang-orang Islam. Orang Islam pula dibenarkan murtad sekiaranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh diambil tindakan undang-undang.
6. Suami isteri yang memeluk Islam tidak berhak diberi Hak Penjagaan Anak
7. Orang yang bukan Islam berhak menuntut harta pusaka ahli keluarganya yang telah mati dalam Islam
8. Kerajaan mesti menyiapkan dana yang cukup untuk membina dan menyelenggara rumah ibadat orang bukan Islam serupa dengan orang Islam
9. Orang bukan Islam tidak boleh dilarang dari menggunakan perkatan-perkataan suci Islam
10. Bible dalam Bahasa Malaysia dan Indonesia dibenarkan pengedarannya kepada umum secara terbuka
11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut Islam itu hendaklah diajar di semua sekolah
12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan (dimansuhkan). Program dakwah agama lain selain Islam pula dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam
14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti soal pakaian menutup aurat kepada pejar sekolah.

IMPLIKASINYA
1. Menjadikan uuundang-undang Allah SWT tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta oleh manusia
2. Ia akan membuka ruang seluas-luasnya kepada orang bukan Islam mencampuri hal ehwal agama Islam
3. Orang Islam bebas melakukan apa saja hatta murtad
4. IFC bebas dan berhak menentukan status agama orang Islam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: