PPD PASIR PUTEH BERJAYA MENGADAKAN KURSUS APR KADET BOMBA

Bermula hari ini (4.5.2009) hingga 5.5.2009 kursus Anggota Pangkat Rendah Kadet Bomba dan Penyelamat diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Pasir Puteh. Kursus ini bertujuan memberi tanda pangkat kepada anggota kadet dan melahirkan anggota kadet yang boleh memimpin pasukan mereka kelak apabila kembali semula di sekolah. Kursus ini disertai oleh semua sekolah di daerah Pasir Puteh dengan bilangan sekolah sebanyak 12 buah sekolah. Di daerah ini, inilah kali pertama ianya diadakan semenjak penubuhan kadet di sekolah. Tahun ini juga menyaksikan sekolah agama yang diserahkan oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK) iaitu Sekolah Menengah Ugama (A) Tarbiah Islamiah turut menghantar wakil pelajar sekolah mereka. Kursus ini diikuti oleh seramai 48 orang pelajar dengan pecahan 28 kadet lelaki dan 20 perempuan. Saya selaku Penyelaras Kadet Bomba Daerah Pasir Puteh merakamkan ucapan terima kasih kepada PPD Pasir Puteh, Balai Bomba Pasir Puteh dan sekolah-sekolah dalam jajahan Pasir Puteh, serta guru penasihat kerana memberikan komitmen yang sangat tinggi di dalam pengendalian kursus APR ini.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: