KERAJAAN PERPADUAN SATU IMPIAN ATAU HANYA ILUSI

Datuk Seri Haji Hadi mencadangkan, tetapi dibantah oleh Datuk Nik Abdul Aziz kerana baginya selagi ada hayat, beliau tidak akan merestui gabungan PAS-UMNO. Serik katanya…. Maka kebanyakan akhbar kerajaan membuat rumusan bahawa dalam PAS telah terbahagi kepada dua puak. Tetapi rumusan ini dinafi sekeras-kerasnya oleh pemimpin-pemimpin PAS lain. Kata mereka, ini usaha puak UMNO nak melagakan pemimpin PAS. Berniat jahat kata mereka lagi. Hari ini, anak beliau pula mengatakan ayahandanya bukan menolak kerajaan perpaduan sebagaimana yang disuarakan Datuk Seri Haji Hadi. PAS bersetuju kiranya bergabung kelak, Kementerian Kewangan dan Kementerian Pelajaran hendaklah diisi oleh PAS. Terkejut tidak terkata Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan bila Nik Abduh mengatakan selama ini pembantu ayahandanya gagal memberikan maklumat tepat hingga membuatkan Datuk Nik Aziz melenting “SAYA NAKHODA PAS” seolah-olah memarahi Datuk Seri Haji Hadi Awang. Nik Abduh juga kesal dengan pembantu ayahandanya seterusnya meminta mereka bertaubat, kerana beliau sedar perbuatan melaga-lagakan pemimpin atau orang ini merupakan perbuatan syaitan. Maka syaitan perlu dihapuskan barulah Islam sebenar dapat ditegakkan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: