UMNO PERLU BERUBAH

Banyak di kalangan ahli veteren UMNO atau pemerhati politik mengatakan parti pembangkang khususnya PAS ni tak kuat, cuma ahli UMNO sahaja yang kurang bersatu dan berpecah-pecah dalam beberapa puak. Mereka ini cukup yakin bahawa UMNO akan berjaya menawan semula negeri-negeri yang kini di bawah Pakatan Rakyat termasuk Kelantan walaupun agak pahit lidah mengatakan Kelantan akan berjaya ditawan UMNO. Acapkali pemimpin atasan UMNO mengatakan kekalahan UMNO/BN pada PRU 12 lalu kerana kegagalan pemimpin mengatasi masalah di peringkat grassroot. Dalam soal ini, saya tidak faham apakah yang dimaksudkan dengan suara akar umbi atau grassroot ini. Bagi saya jika suara akar umbi datangnya daripada ketua cawangan atau ketua bahagian, itu bukan suara akar umbi. Itu suara palsu yang kononnya mewakili pihak akar umbi. Persoalannya, UMNO perlu mendengar suara akar umbi yang seramai 3 juta ahlinya itu atau 24 juta suara rakyat. Pada pendapat saya, suara akar umbi yang sebenar ialah suara 24 juta rakyat kerana mereka inilah pengundi dan penentu kemenangan BN/UMNO. Berbalik kepada parti PAS pula, ada pihak yang berkata parti ini tidak kuat. Ini tidak betul sama sekali. Kalau tidak kuat, mengapa di Kelantan calon yang bukan anak tempatan boleh menang. Selain itu, jarang kita dengar ada ahli PAS ini yang berpaling tadah masuk UMNO. Yang banyak adalah ahli UMNO yang menyertai parti pembangkang sama ada PAS atau DAP. UMNO PERLU BERUBAH UNTUK TERUS RELEVEN DEMI MASA DEPAN ORANG MELAYU. Pendekatan UMNO dalam mendekati rakyat perlu diubah. Jika PAS sepanjang tahun membuat perang psikologi, UMNO juga sepatutnya begitu. Jika PAS memasang signboard menfitnah kepimpinan kerajaan, sepatutnya UMNO membalas fitnah tersebut dengan meletak signboard disebelahnya. Jika PAS/PKR mengadakan ceramah isu semasa, UMNO juga perlu berbuat perkara yang sama. UMNO jangan takut bersaing. Fitnah dan gosip jika diulang-ulang di sana sini akan dipercayai oleh pendengarnya. Tugas UMNO sepatutnya menjawab segala tohmahan dan fitnah. Apa guna ketua bahagian dan ketua cawangan yang terpilih, mereka ni buat kerja atau tidak. Kalau setakat berceramah dalam mesyuarat agung PIBG atau di hotel, berapa sangat khalayak yang hadir? UMNO mesti berani. Keris mesti keras, bukan disimpan di dalam sarung.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: