PPSMI OH PPSMI….ADA ORANG DENGKI

Perangai orang Melayu ni tak boleh tengok orang lebih daripada dia.. Kalau ada yang lebih maka adalah yang dengki. Di kampung-kampung masih lagi ada yang guna sihir kerana tak puas hati dengan orang lain. Dalam situasi ni…agama dah tolak ke tepi..mana Islamnya?

Bila kerajaan melaksanakan dasar PPSMI maka ramai yang membantah. Kata nak bunuh orang Melayu la..tak ada jati diri la…Maka demostrasi dibuat oleh orang Melayu yang jati dirinya kuat…termasuk sasterawan negara. Macam saya katakan tadi, orang Melayu ni tak boleh tengok orang lebih pandai daripada dia…Mereka ni tak tau berbahasa Inggeris, jadi biar orang lain pun tak tau sama… Agaknya mereka ini happy bila orang lebih bodoh dari mereka. Demostrasi juga turut disertai oleh sebuah parti Islam (sebenarnya hanya mereka yang Islam tulen…biarkan..). Parti ni lupa, sebaik Nabi s.a.w menerima wahyu…bukankah Ayat Iqra’ itu bermakna BACA. Makna tuntut ilmu…tak kira semua bahasa mesti dipelajari..dikuasai. Pada hari ini jika umat Islam hendak kembali kuat maka ilmu dari barat mesti dikuasai sepenuhnya. Kita tak akan menjadi kuat dengan hanya melalui mulut yang lantang sahaja…Di Palestin, umat Islam melawan Regim Yahudi dengan hanya menggunakan lastik…boleh menang ke macam tu… Nak menang kena bangunkan modal insan dulu…biar rakyat menguasai semua bidang ilmu.

Biarlah PPSMI diteruskan…Nampaknya pelajar sekolah rendah sudahpun mula memahami istilah-istilah Bahasa Inggeris dan mampu bertutur walaupun tidak selancar “Orang Putih”. Segala usaha yang baik harus disokong, bukannya dikonkong hingga mengagalkan pelaksanaannya. Wassalam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: