KECEWA SANGAT DENGAN TRANSNASIONAL

Asal usul Transnasional adalah dari NadiCorp. NadiCorp pula lahir daripada MARA. MARA ialah Majlis Amanah Rakyat yang ditubuhkan bagi menjaga kebajikan rakyat. Tetapi apa yang paling mengecewakan apabila NadiCorp meletakkan kepentingan keuntungan mengatasi kebajikan rakyat. Apa yang ingin disuarakan ialah rasa tidak puas hati dengan harga tambang tiket Transnasional. Menurut Datuk Nadzmi syarikat ini rugi dalam operasinya… Mintak Datuk Nadzmi jangan bohonglah…dulu mintak naikkan harga tiket bas sebab harga minyak naik. Tapi bila harga minyak turun, surcaj 30% tidak pulak ditarik balik. DAN yang paling rasa tidak puas hati ialah bila penumpang ingin menukar tiket ke satu tarikh yang lain…mereka dikenakan caj sehingga 20%. Bukan kah ini cekik darah namanya. Kepada kerajaan selama ini memikirkan apakah masalah akar umbi rakyat, inilah salah satu puncanya.. Perlu diingat sebahagian besar atau 1/3 pengundi ialah terdiri dari golongan mahasiswa yang menggunakan perkhidmatan bas dari kampung ke universiti. Bila golongan ini ditekan oleh syarikat GLC kerajaan maka padahnya mereka sudah lari dari kerajaan. Perkara ini perlu difikirkan kerana ini ialah suara akar umbi rakyat yang mahukan pembelaan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: