ISA PERLU DIPERTAHANKAN

Akta Keselamatan Dalan Negeri (ISA) diperakui sejak dari dulu berjaya mengekalkan keamanan dan kestabilan negara sehingga hari ini. Walaupun tujuan asal ISA ini diperkenalkan bagi menyekat dan membendung anasir komunis, dan kini komunis sudah tiada lagi maka suara-suara jauh kedengaran meminta akta ini dikaji semula dan dimansuhkan. Alasannya, zaman kini komunis sudah tiada lagi di bumi Malaysia ini. Betul, memang betul komunis telah tiada namun tinggalannya masih ada, iaitu ideologi pemikiran komunis ini sememangnya ada di kalangan pemimpin pada hari ini. Sistem komunis menekankan berkaitan kebajikan rakyat atau ketuanan rakyat. Ini hampir sama dengan ideologi PKR iaitu memberi fokus berkaitan rakyat adalah tuan sementara institusi raja adalah hamba kepada rakyat. Hal ini sangat jelas apabila ahli PR sanggup menggadaikan maruah menghina Kesultanan Melayu Perak dengan menyeret raja mereka ke muka pengadilan.

Kenapa ISA perlu?

Apabila kita bermuhasabah diri dan membandingkan bagaimana keadaan di utara negara, maka kita patut bersyukur dengan adanya ISA ini kerajaan mampu menjaga keamanan dan kestabilan negara.Di Thailand, perbalahan 2 puak nampaknya semacam tiada kesudahannya. Saya pasti, jika ISA diperkenalkan di Thailand kemungkinan perkara buruk seperti itu dapat disekat. Syukurlah kita di Malaysia peralihan pucuk pimpinan berlaku dalam keadaan sangat harmoni tidak sebagaimana Thailand.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: