GURU BERPOLITIK

Cadangan Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Pelajaran mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai sama ada orang perseorangan mahupun NGO. Berbagai pandangan dilontarkan, ada yang menyokong dan ada juga penentangnya. Biasalah…adat dunia. Benda baik pun ada yang akan melihat semacam hodoh dan jijik. Bagi saya secara jujur dan ikhlas menyokong cadangan berkenaan walaupun dikatakan cadangan ini jika dilaksanakan akan menjejaskan tumpuan guru terhadap P&P kelas. Bagi saya jika guru tidak dibenarkan berpolitik sekalipun, kalu ada yang spesis tak masuk kelas mereka tetap semacam itu juga. Nak salahkan hanya guru yang mempunyai spesis “mengular” ni…jabatan lain pun ada juga. Sempat lagi minum kopi di luar pejabat, berniaga kain baju waktu kerja dan banyak lagiiii….
Cadangan kebenaran berpolitik ini hanya untuk Kumpulan A sahaja dan mereka ini semuanya mempunyai ijazah dan dekat di hati masyarakat. Bekerja untuk melahirkan anak bangsa yang cemerlang dan tidak meminta ganjaran bila pelajar mendapat 20A, 19A atau seberapa banyak A. Tapi hari ini cuba kita tengok, rata-rata pemimpin sama ada di peringkat cawangan dan bahagian kebanyakan mereka terdiri dari kontraktor yang nyata gilakan jawatan bagi memperoleh kontrak yang dicurahkan kerajaan, biarpun hanya sekadar membuat longkang dan parit. Jika dahulu kita tidak mendengar politik wang kerana barisan kepimpinan terdahulu dimonopoli oleh guru-guru. Guru-guru ni mana ada duit yang banyak untuk beli “orang”. Gaji yang ada hanya sekadar untuk belanja pakai dan makan saja. Ada yang pakai baju 6 helai untuk 2, 3 tahun. Setiap minggu gilir-gilir pakai yang sama.
Cadangan Dato’ Seri Hishamuddin sememangnya satu cadangan yang sangat bernas. Kalau dapat dipanjangkan lagi biar semua ketua cawangan dan bahagian diisi oleh mereka yang mempunyai kelulusan ijazah dan ke atas. Hendak jadi pemimpin ni biar orang yang mempunyai kelayakan ilmu yang tinggi. Nak jadi imam pun mesti orang yang berilmu.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: