Filed under: SOALAN STPM TAHUN LEPAS | Leave a Comment »
SOALAN STPM TAHUN-TAHUN LEPAS
Filed under: SOALAN STPM TAHUN LEPAS | Leave a Comment »
PENGAJIAN AM STPM : PEMAHAMAN SOALAN KARANGAN
- Kebelakangan ini banyak terdapat projek perumahan yang terbengkalai di seluruh negara yang akan menimbulkan kesan negatif kepada pelbagai pihak. Langkah-langkah tertentu perlu dilaksanakan untuk membendung masalah tersebut. Bincangkan. (STPM 2008)
Langkah menjawab calon:
- Fahami Isu iaitu Isu Perumahan
- Kategorikan isu itu, sama ada isu umum atau isu khusus. Dalam soalan ini ianya isu umum. Kalau isu khusus isunya mungkin PERUMAHAN KOS RENDAH, PERUMAHAN DI BANDAR dan sebagainya. Jika isu itu, melibatkan isu khusus, dan calon STPM menjawabnya secara umum maka, jawapan calon tadi boleh dikategorikan sebagai terpesong dari kehendak soalan.
- Kenalpasti kehendak soalan. Kalau soalan BINCANGKAN. calon STPM perlu memahami maksud tersirat setiap ayat. Contohnya:
Ayat 1 :
Kebelakangan ini banyak terdapat projek perumahan yang terbengkalai di seluruh negara yang akan menimbulkan kesan negatif kepada pelbagai pihak
Maksud tersirat soalan : Kesan negatif kepada pihak-pihak
Ayat 2:
Langkah-langkah tertentu perlu dilaksanakan untuk membendung masalah tersebut.
Maksud tersirat: Langkah mengatasi masalah perumahan
- Calon boleh merangka skema iaitu 2+2
- Rangkakan jawapan
A. Pihak-pihak terlibat
1. Pembeli
- terpaksa menanggung hutang bank
- terpaksa bayar kos guaman
- terpaksa tinggal di rumah sewa
2.Masyarakat
- rumah terbengkalai mengundang masalah sosial
- Bahayakan penduduk khususnya wanita dan kanak-kanak
B. Langkah Mengatasi
1. Peranan kerajaan
- lasanakan konsep “bina dulu baru jual”
- sediakan syarat ketat terhadap pemaju yang ingin membina projek
2. Pendidikan kepenggunaan
- minta pembeli menyemak status kontraktor
- minta pembeli buat aduan mengikut saluran yang betul
Filed under: SOALAN STPM TAHUN LEPAS | Leave a Comment »
SOALAN TAHUN 1999
Filed under: SOALAN STPM TAHUN LEPAS | Leave a Comment »