AWAS, HOTEL BAJET SEKSYEN 9 BANDAR BARU BANGI ADA MAYAT REPUT

Satu pengalaman yang paling mengerikan telah saya lalui pada 22 Disember 2009 yang lalu. Berita ini saya tengok di kaca televisyen tidak dihebahkan dan di dada akhbar tidak dicetak.

Sebaik sampai ke BBB, saya berpusing mencari hotel yang agak murah dan saya menemuinya iaitu satu malam RM70, jadi saya menempahnya untuk 3 malam terus. Saya bersama anak dan isteri terus memunggah beg memasuki bilik hotel. Apabila dibuka saya begitu rasa teruja kerana walaupun harganya RM70, tetapi biliknya selesa dengan kelengkapan serba baru. Lantai ditutupi permaidani, tandas bersih, disediakan tuala dan tv. Bagi saya selesa sangatlah.

Sebaik selesai solat jama’ dan qasar, saya buka tingkap dan memandang ke bawah ada sekumpulan polis berkumpul sambil memegang-megang motosikal. Pada telahan saya, ada kes kecurian motosikal. Saya pun turun ke bawah menuju ke restoran bersebelahan hotel berkenaan. Saya bertanya kepada polis berpakaian biasa “ada kes kecurian motor ke”. Polis itu diam. Pada masa yang sama, saya tengok pemilik restoran, tukang masak dan pekerja kedai menjenguk-jenguk memerhatikan polis di luar. Saya pun menuju ke restoran itu untuk memesan nasi goreng untuk anak. Saya tanya mereka “apa yang berlaku”. Kata pemilik kedai “ada orang mati di hotel sebelah”. Selesai buat tempahan nasi, saya menuju kepada seorang polis dan bertanya berkaitan kejadian. Polis itu memberitahu ada mayat di bilik 109 yang mendaftar masuk hotel pada 4 Disember lalu. Maknanya telah mati pada 18 hari lalu. Polis itu kata mayatnya telah hitam warnanya.

Sebaik ambil nasi, saya terus masuk ke bilik. Nasib saya baik kerana saya menginap di tingkat 2. Sebaik memasuki bilik, saya memberitahu berkaitan kes itu kepada isteri dan dia tidak kisah. Namun hati saya tidak sedap, bimbang kepada anak-anak.

Selepas solat maghrib, saya bersama keluarga turun untuk menikmati makan malam bersama keluarga. Kebetulan ipar duai yang tinggal di Pandan Indah pun sampai pada waktu itu. Sebaik melangkah menuruni anak tangga, tercium bau yang susah nak gambarkan. Bila sampai di lobi baunya makin busuk. bila buka pintu lobi, berjalan mengikut arah restoran, baunya makin kuat. Saya lihat ramai orang makan di kedai itu, mungkin mereka tidak tahu. Selera saja saya tengok mereka makan. Atau mungkin mereka tidak rasa bau mayat itu.

Kepada pembaca, hati-hatilah pilih hotel jika berkunjung ke BBB. Betul kata orang tua, jauh perjalanan luas pandangan. Banyak pengalaman.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: