PENGAJIAN AM STPM : DASAR WARGA TUA/DASAR WARGA EMAS

TAKRIFAN
Warga tua ditakritkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Takrifan ini berpandukan kepada takrifan yang dibuat di “World Assembly On Aging in 1982” Vienna.
OBJEKTIF
• Meningkatkan kehormatan dan martabat diri warga tua dalam keluarga, masyarakat dan negara.
• Memajukan potensi warga tua agar mereka terus aktif dan produktif dalam pembangunan negara, serta mewujudkan peluang untuk membantu mereka terus hidup berdikari.
• Menggalakkan pewujudan dan menyediakan kemudahan-kemudahan yang tertentu demi untuk menjamin penjagaan dan perlindungan warga tua ke arah kesejahteraan hidup mereka.
STRATEGI
– KEHORMATAN DAN MARTABAT DIRI
• Membolehkan warga tua hidup dengan penuh kehormatan dan martabat diri serta selamat dan bebas daripada penindasan dan penganiayaan;
• Menentukan warga tua mendapat layanan yang adil dan saksama tanpa mengira umur , jantina, keturunan etnik, agama, kecacatan atau lain-lain keadaan dengan tidak mengambil kira keupayaan sumbangan mereka;
• Membolehkan warga tua menikmati peluang untuk merealisasikan potensi optimum mereka;
• Memudahkan warga tua mendapatkan akses kepada sumber pendidikan, kebudayaan, rohaniah dan rekreasi yang ada dalam masyarakat.

- KEUPAYAAN BERDIKARI
• Mempastikan warga tua dapat memenuhi keperluan asas melalui sumber pendapatan, sokongan keluarga dan masyarakat serta usaha sendiri;
• Memudahkan warga tua mendapat peluang untuk terns berkhidmat dan memberi sumbangan kepada kepada negara;
• Mempastikan warga tua dapat menikmati persekitaran yang selamat dan mudah diubahsuaikan selari dengan keupayaan yang berubah;
• Membolehkan warga tua terus tinggal bersama dengan keluarga dan masyarakat selama mungkin;
• Memberi persediaan awal kepada warga tua untuk menentukan perancangan sumbangan berasas kepada kepakaran dan keupayaan yang dimiliki secara berterusan ke arah pembangunan negara.

- PENYERTAAN
• Membolehkan warta tua memainkan peranan dalam masyarakat dan melibatkan diri secara aktif dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar-dasar berkaitan kesejahteraan mereka serta menurunkan pengetahuan dan kemahiran kepada generasi muda;
• Memberi peluang kepada warga tua untuk menyumbang kepada masyarakat secara sukarela sesuai dengan keupayaan dan minat mereka;
• Menggalakkan warga tua menubuhkan Persatuan atau Pertubuhan bagi menjalankan aktiviti untuk kesejahteraan mereka.
– PENJAGAAN DAN PERLINDUNGAN
• Mewujudkan kemudahan bagi jagaan dan perlindungan di dalam keluarga dan masyarakat sesuai dengan sistem dan nilai-nilai masyarakat negara ini
• Memudahkan warga tua mendapat jagaan kesihatan untuk membantu mereka mengekal atau memulihkan tahap kesihatan fisikal, mental dan emosi ke peringkat optimum serta mencegah daripada jangkitan penyakit ;
• Membolehkan warga tua memanfaatkan perkhidrnatan institusi yang menyediakan jagaan, perlindungan dan stimulasi sosial serta mental dalam suasana yang selamat dan selesa ;
• Memudahkan warga tua mendapat perkhidmatan sosial dan perundangan bagi memajukan hak autonomi individu, perlindungan dan jagaan mereka ;
• Menjamin warga tua menikmati hak asasi individu semasa dalam jagaan dan rawatan dengan mengambilkira kehormatan diri, kepercayaan dan keperluan yang sesuai bagi mereka ;
• Mewujudkan Sistem Keselamatan Sosial yang komprehensif bagi menjamin pendapatan dan kebajikan yang stabil dikalangan warga tua.

- PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
• Menggalakkan pelaksanaan kajian-kajian mengenai warga tua bagi tujuan pengumpulan maklumat untuk kegunaan perancangan program pembangunan warga tua ;
• Mewujudkan satu Badan Penasihat Dan Perundingan Warga Tua Kebangsaan membantu menyelaraskan dan mengenalpasti keperluan-keperluan membuat, mengenai aktiviti bagi warga tua.
PELAN TINDAKAN
• Pelaksanaan program dan aktiviti berkaitan warga tua oleh setiap individu dan kelompok, pertubuhan sukarela, masyarakat tempatan, agensi Kerajaan dan pihak swasta berpandukan kepada Dasar Warga Tua Negara.
• Bagi menjayakan perlaksanaan Dasar Warga Tua Negara maka usaha-usaha bersepadu dan menyeluruh perlu diambil oleh Agensi-agensi yang berkenaan, antaranya :-
PENDIDIKAN
– Kemudahan-kemudahan pendidikan dan latihan perlu disediakan untuk membolehkan warga tua untuk mengikuti kursus dan melanjutkan pelajaran bagi membolehkan mereka mengembangkan potensi ketahap optimum. Kurikulum sekolah perlu mengambilkira pendidikan kekeluargaan agar generasi muda dapat menghayati dan memahami warga tua.
PEKERJAAN
– Warga tua digalakkan untuk terus menyumbangkan kepada pembangunan negara melalui penyertaan dalam pekerjaan berasaskan kepada pengalaman dan kemahiran masing-masing. Dengan secara ini mereka boleh hidup berdikari dari segi pendapatan dan kesejahteraan hidup.
PENYERTAAN DALAM MASYARAKAT
– Warga tua digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kekeluargaan dan pertubuhan-pertubuhan kemasyarakatan, untuk membolehkan mereka memainkan peranan dalam keluarga dan masyarakat disamping dapat berinteraksi di antara mereka.
RIADAH
– Kemudahan-kemudahan yang sesuai perlu disediakan bagi warga tua menjalankan aktiviti riadah di kawasan-kawasan perumahan, taman rekreasi dan pusat-pusat sukan.
PENGANGKUTAN
– Sistem pengangkutan awam perlu menyediakan kemudahan yang sesuai untuk membolehkan warga tua bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dengan selesa.
PERUMAHAN
– Rumah-rumah yang sedia ada dan akan dibina perlu mengambilkira kemudahan-kemudahan yang sesuai untuk warga tua, supaya membolehkan mereka dapat hidup dengan lebih selesa.
SISTEM SOKONGAN BAGI KELUARGA
– Untuk menentukan warga tua dapat hidup terus bersama keluarga maka sistem sokongan bagi keluarga perlu diwujudkan di kawasan-kawasan perumahan untuk membantu keluarga dalam penjagaan warga tua. Insentif-insentif yang tertentu perlu diperkenalkan bagi menyokong ahli-ahli keluarga yang menjaga warga tua meneruskan peranan mereka.
KESlHATAN
– Kemudahan-kemudahan perubatan dan kesihatan yang sesuai dan khusus untuk warga tua perlu disediakan bagi menentukan mereka boleh hidup dengan penjagaan kesihatan yang sempurna.
KESELAMATAN SOSIAL
– Satu skim keselamatan sosial yang komprehensif untuk menjamin masa depan warga tua perlu disediakan.
MEDIA
– Untuk meningkatkan kesederan berkaitan dengan warga tua dikalangan masyarakat, maka media cetak dan elektronik perlu memainkan peranan yang lebih aktif.
PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
– Kajian-kajian perlu dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat-maklumat agar perancangan yang lebih teratur dapat dilaksanakan untuk kesejahteraan warga tua.
– Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dikenalpasti sebagai agensi yang bertanggungjawab dalam penyelarasan pelaksanaan pelan tindakan.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: