PENGAJIAN AM STPM : JENAYAH KOLAR PUTIH

28 Oktober, 2008 21:54 PM
Jenayah Kolar Putih Bawa Akibat Lebih Besar Berbanding Jenayah Konvensional – Timbalan KPN
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) — Jenayah kolar putih mempunyai kesan lebih menggerunkan berbanding jenayah konvensional kerana ia berpotensi menjejaskan prestasi kewangan organisasi komersial di negara ini, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini.

Berdasarkan hakikat itu, beliau berkata kerajaan amat memandang berat terhadap isu berkaitan jenayah kewangan, penipuan dan rasuah.

Beliau berkata jenayah kolar putih atau jenayah ekonomi, berlaku dalam pelbagai bentuk, termasuk rasuah, jenayah siber, penyelewengan aset, penipuan cek dan kad kredit, kecurian kad pengenalan, penipuan insurans, pengubahan wang haram dan pengeluaran wang palsu.

“Kesalahan utama lain ialah pecah amanah, penipuan, penghasilan wang palsu dan ceti haram,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Mengenai Perakaunan Forensik dan Jenayah Kewangan di Suruhanjaya Sekuriti di sini.

Beliau berkata dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (JSJP) menganggarkan jenayah ekonomi telah mengakibatkan kerugian berjumlah RM546,114,099.

Jumlah kerugian pada tahun lepas ialah RM1,988,959,883, manakala pada tahun sebelumnya, kerugian akibat perbuatan itu dilaporkan berjumlah RM833,453,263.

Beliau berkata Kaji Selidik Jenayah Ekonomi Global Pricewaterhouse Coopers 2007 menunjukkan 48 peratus syarikat Malaysia terdedah kepada jenayah ekonomi sejak dua tahun lepas.

“Malah, jumlah ini meningkat sekali ganda berbanding hasil kaji selidik pada 2005 dan menurut kaji selidik yang sama, penipuan terus mejadi isu paling memeningkan kepala syarikat di seluruh dunia, tidak kira di mana sesebuah syarikat itu beroperasi, dalam industri apa ia terlibat dan sebesar mana saiznya,” kata beliau.

Beliau berkata beberapa tahun lepas, pakar kapitalis, eksekutif korporat dan pakar jenayah berkata sesebuah negara perlu lebih memberi fokus terhadap jenayah konvensional, terutama jenayah ganas, berbanding jenayah kolar putih.

Bagaimanapun, Ismail berkata berikutan peredaran masa, rakyat Malaysia khususnya, kini semakin menyedari tentang keseriusan jenayah ekonomi.

“Mereka yang terlibat dengan transaksi kewangan juga menghadapi risiko menjadi mangsa penipuan perbankan, insurans dan kad kredit, di samping kecurian pengenalan diri, yang umumnya menjadi perintis jalan bagi kes penipuan yang disebutkan tadi.

“Hari ini, permintaan terhadap kepakaran dalam bidang perakaunan forensik semakin tinggi kerana kini terdapat tanda-tanda bahawa jenayah ekonomi turut menjejaskan sektor ekonomi lain seperti pembuatan, pelancongan dan hartanah,” katanya.

Beliau berkata gandingan antara kumpulan swasta dan awam serta pendekatan antarabangsa kini diperlukan dalam usaha memerangi jenayah kewangan dan ekonomi.

– BERNAMA
Rabu Jun 17, 2009
Jenayah kolar putih boleh jejas ekonomi negara – KPN
KUALA LUMPUR: Jenayah kolar putih lebih menggerunkan berbanding jenayah konvensional kerana ia boleh menjejaskan prestasi kewangan sesebuah organisasi, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Beliau berkata jenayah kolar putih atau jenayah ekonomi bukan hanya membabitkan individu terbabit, tetapi ia telah menjejaskan kedudukan kewangan negara.
Oleh itu kerajaan begitu prihatin dengan isu berhubung jenayah kewangan, penipuan dan rasuah, katanya.
“Sekiranya dibiar, jenayah kolar putih boleh membawa kesan negatif terhadap integriti institusi kewangan dan perniagaan negara dan keupayaan agensi penguat kuasa dalam mengurus dan menyiasat kes penyelewengan kewangan.
“Akhirnya ia boleh menghakis keyakinan ahli perniagaan tempatan dan asing untuk melabur di dalam negara,” katanya semasa merasmikan Seminar Perakaunan Forensik dan Kriminologi Kewangan di sini semalam.
Ucapan beliau dibacakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Koh Hong Sun.
Musa berkata krisis kewangan global sekarang memerlukan penyelesaian untuk meminimum dan mengurangkan jenayah kolar putih yang dijangka meningkat berikutan situasi ekonomi semasa.
“Sama ada kolar biru atau putih, penjenayah mencari sasaran mudah. Selalunya tindakan penjenayah adalah berdasarkan peluang yang dihidangkan oleh mangsa.
“Bagi jenayah kolar putih, pemantauan dan pelaksanaan sistem kawalan dalaman dan prosedur kewangan yang lemah serta ketidakcekapan transaksi kewangan, merupakan faktor utama kepada peningkatan jenayah kolar putih,” katanya.
Beliau berkata jenayah kolar putih meningkat 70.3 peratus tahun lalu atau 7,151 kes berbanding 10,160 kes pada tahun sebelumnya. BERNAMA

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: