PENGAJIAN AM STPM : SOALAN GRAF PIRAMID KOMPAUN

Graf Bar Piramid Kompaun
Dengan berdasarkan maklumat yang disediakan dalam petikan di bawah ini, sediakan sebuah graf bar yang sesuai untuk menunjukkan kelahiran hidup mengikut berat kelahiran, kumpulan etnik, dan jantina bayi bagi Semenenjung Malaysia, pada tahun 1990.

Bilangan bayi hidup, morbiditi, dan mortaliti biasanya digunakan sebagai asas ukuran petunjuk taraf kesihatan penduduk, seperti kadar kematian bayi, kadar kematian ibu, jangka hayat kelahiran, sebab-sebab utama morbiditi dan mortaliti, dan kejadian penyakit berjangkit.
Perangkaan kelahiran hidup yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan perbezaan yang agak menarik jika dilihat dari segi jantina, kumpulan etnik, dan berat kelahiran. Bayi yang dilahirkan hidup di Malaysia mempunyai berat kelahiran paling rendah, iaitu kurang daripada 1.00 kg hingga 4.00 kg. Pada tahun 1990, bagi bayi yang dilahirkan dengan berat kelahiran 3.00 kg atau lebih secara keseluruhannya bilangan bayi lelaki melebihi bilangan bayi perempuan, manakala bayi yang dilahirkan dengan berat kelahiran 2.00 kg dan kurang, sebahagian besarnya bayi perempuan.
Daripada sejumlah 371 842 bayi yang dilahirkan pada tahun tersebut, 222 293 atau 59.8 peratus mempunyai berat kelahiran antara 3.00 kg hingga 3.99 kg. Daripada jumlah itu, 114 128 bayi adalah bayi lelaki, manakala 108 165 bayi adalah bayi perempuan. Dalam kategori ini, sejumlah 149 966 bayi terdiri daripada kumpulan etnik Melayu, 81 052 daripadanya adalah bayi lelaki. Ini diikuti sebanyak 56 588 bayi daripada etnik Cina, 26 055 daripadanya bayi lelaki. Sebanyak 15 739 bayi terdiri daripada kumpulan etnik India, 7021 daripadanya adalah bayi lelaki.
Kelebihan bilangan bayi lelaki mengatasi bilangan bayi perempuan dapat dilihat bagi kategori berat kelahiran antara 4.00 kg hingga 4.99 kg. Bayi yang dilahirkan dengan berat kelahiran antara 4.00 kg hingga 4.99 kg berjumlah 12 331 orang. Kelebihan bayi lelaki dalam kategori ini boleh juga dilihat berasaskan kumpulan etnik. Di kalangan etnik Melayu, daripada sejumlah 8652 bayi yang dilahirkan dengan berat kelahiran antara 4.00 kg hingga 4.99 kg, 5345 atau 61.8 peratus daripadanya adalah bayi lelaki. Di kalangan etnik Cina pula, 1906 atau 64.3 peratus daripada sejumlah 2962 bayi dalam kategori ni adalah bayi lelaki. Masyarakat ketrunan India melahirkan 717 bayi, 456 atau 63.6 peratus daripadanya adalah bayi lelaki.
Bilangan atau peratusan jantina sebagaimana yang dihuraikan di atas kelihatan agak berbeza bagi kategori 2.99 kg dan ke bawah. Bagi kategori berat kelahiran antara 2.00 kg hingga 2.99 kg, 70 245 adalah bayi perempuan dan 61 053 bayi lelaki. Jumlah ini meliputi 35.3 peratus daripada jumlah keseluruhan bayi yang dilahirkan pada tahun 1990. Di kalangan bayi yang dilahirkan dengan berat kelahiran antara 2.00 kg hingga 2.99 kg, 47 922 atau 53.3 peratus daripada sejumlah 89 837 bayi kumpulan etnik Melayu adalah bayi perempuan. Di kalangan etnik Cina, daripada sejumlah 26 321 bayi yang dilahirkan dalam kategori ini, 14 426 atau 54.8 peratus daripadanya adalah bayi perempuan. Kumpulan etnik India memberikan sumbangan sebanyak 15 140 bayi, 7897 atau 52.2 peratus daripadanya adalah bayi perempuan.
Peratusan bayi perempuan terus melebihi bayi lelaki bagi kategori berat kelahiran antara 1.00 kg hingga 1.99 kg. Daripada 5920 bayi yang dilahirkan dalam kategori ini, bayi perempuan berjumlah 2979 atau 50.3 peratus. Kumpulan etnik Melayu memberikan sumbangan sebanyak 4089 bayi, 2056 atau 50.3 peratus daripadanya adalah bayi perempuan. Bagi kumpulan etnik Cina, 480 atau 48.6 peratus daripada sejumlah 988 bayi dalam kategori ini adalah bayi lelaki. Kumpulan etnik India pula melahirkan 843 bayi dengan berat kelahiran antara 1.00 kg hingga 1.99 kg. Data sebagaimana yang ditunjukkan di atas membuktikan bahawa taraf kesihatan penduduk bertambah baik, iaitu peratusan bayi yang dilahirkan dengan berat kelahiran yang rendah semakin berkurang.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Buletin Perangkaan Sosial Malaysia, 1990)

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: