PENGAJIAN AM STPM : SOALAN CARTA PAI BERTINGKAT

Carta Pai Bertingkat
Dengan berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini dan dengan menggunakan cara persembahan carta pai yang sesuai, tunjukkan komponen eksport barangan Malaysia dan komponen negara pengimport barangan Malaysia bagi tahun 1983.

Walaupun pertumbuhan ekonomi di negara-negara perindustrian utama lembap dan persaingan dalam pasaran antarabangsa semakin hebat, eksport Malaysia meningkat dengan pesat untuk mencatat pertumbuhan dua angka, iaitu sebanyak 16.9 peratus kepada RM121.2 bilion pada tahun 1993. Pertumbuhan yang pesat ini disebabkan terutamanya oleh pertambahan jumlah eksport dan tingkat harga yang lebih tinggi.
Singapura, Amerika Syarikat, dan Jepun kekal sebagai tiga pasaran utama bagi eksport Malaysia pada tahun 1993, yang merupakan 55.0 peratus daripada jumlah eksport negara. Amerika Syarikat mengekalkan kedudukannya sebagai pengimport barangan Malaysia kedua terbesar dengan jumlah pembelian meningkat dengan kukuh sebanyak 27.8 peratus kepada RM24.6 bilion, iaitu sebanyak 20.3 peratus daripada jumlah eksport Malaysia. Sementara itu, Singapura kekal sebagai pengimport terbesar barangan Malaysia dengan jumlah pembelian meningkat sebanyak 10.3 peratus kepada RM26.3 bilion pada tahun 1993. Eksport ke Jepun pulih semula untuk meningkat kepada 13.0 peratus pada tahun 1993, walaupun ekonomi Jepun berada dalam keadaan kemelestan disebabkan oleh kesan pemindahan aktiviti pengeluaran syarikat pelbagai negara ke Malaysia.
Eksport ke negara-negara Kesatuan Eropah (EC) sebagai satu kumpulan meningkat kepada RM17.6 bilion pada tahun 1993. United Kingdom merupakan pembeli utama di kalangan negara-negara EC, iaitu sebanyak 4.2 peratus. Prestasi eksport Malaysia yang lebih baik ke EC disebabkan oleh pemulihan ekonomi yang sederhana di United Kingdom dan Belanda. Kebanyakan eksport Malaysia ke EC terdiri daripada barangan perkilangan, seperti jentera, perkakas elektrik, komponen elektronik, dan tekstil. Eksport Malaysia yang selebihnya adalah ke negara-negara yang lain.
Sepanjang tahun 1993, pendapatan eksport yang lebih tinggi telah dicatat bagi hampir kesemua kategori barang perkilangan, terutamanya keluaran kayu, keluaran petroleum, jentera, perkakas elektronik, dan barang komponen elektronik. Ini menyebabkan barang perkilangan kekal sebagai barangan utama pendapatan eksport Malaysia. Sumbangannya terus meningkat sebanyak 26.0 peratus kepada RM90.0 bilion.
Dalam sektor pertanian, pertumbuhan pendapatan eksport menjadi lebih sederhana, iaitu sebanyak 1.6 peratus kepada RM18.6 bilion. Ini mencerminkan penerimaan eksport yang lebih tinggi daripada kayu siap begergaji dan minyak sawit. Pendapatan yang lebih tinggi ini disebabkan oleh permintaan luar negara yang kukuh, terutamanya dari Asia, seperti Korea Selatan dan Taiwan.
Prestasi eksport bagi sektor galian seperti timah, petroleum, dan gas asli terus merosot sebanyak 11.4 peratus kepada RM11.4 bilion. Kejatuhan pendapatan eksport ini disebabkan oleh perolehan daripada petroleum mentah dan timah adalah lebih rendah.
Pendapatan daripada eksport petroleum mentah merosot selama tiga tahun berturut-turut. Ini selaras dengan arah aliran yang menurun bagi harga minyak mentah dunia. Harga minyak mentah antarabangsa yang lebih rendah ini disebabkan oleh pengeluaran yang berlebihan oleh OPEC. Pendapatan eksport selebihnya diperoleh daripada barangan lain.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Laporan Tahunan Bank Negara, 1993)

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: