PENGAJIAN AM STPM : KERAJAAN ELEKTRONIK

PENGLIBATAN AWAM DALAM KERAJAAN ELEKTRONIK
Oleh Ismail Hashim
WALAUPUN rancangan penubuhan Kerajaan Elektronik telah dihebahkan di media cetak dan elektronik, tetapi sejauh manakah penglibatan orang awam di dalamnya? Kefahaman mengenai Kerajaan Elektronik yang diterangkan hanya sekadar kecanggihan teknologinya yang disediakan di jabatan-jabatan kerajaan dan capaiannya sehingga ke rumah untuk kemudahan orang awam berserta dengan peralatan seperti ‘electronic purse’ dan kad pintar dan “pasport pintar”.
Meskipun keadaan ini menampakkan bentuk komunikasi dua hala antara kerajaan dan rakyat, tetapi gambaran yang diberikan berbentuk pasif.
Orang awam hanya sekadar pengguna dan penerima teknologi canggih, seharusnya kefahaman mengenai Kerajaan Elektronik jauh menjangkaui skop teknologi canggih yang disediakan.
Individu dan masyarakat tempatan harus menggerakkan inisiatif sosial melalui teknologi maklumat. Apa yang dimaksudkan dengan penglibatan masyarakat di sini ialah hak dan tanggungjawab yang bukan sahaja melibatkan persoalan-persoalan teknikal tetapi penglibatan dalam proses membuat keputusan dan suatu dasar awam yang membentuk masa depan masyarakat dalam penubuhan Kerajaan Elektronik.
Tidak keterlaluan untak dikatakan Kerajaan Elektronik adalah tonggak kepada pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC). Oleh itu pembangunan Kerajaan Elektronik harus diutamakan.
Mungkin sukar untuk diberikan gambaran sebenarnya bagaimana seharusnya penglibatan orang awam memandangkan proses penubuhannya masih di peringkat awal, tetapi sekurang-kuranguya harus terdapat satu garis panduan dan pandangan awal mengenai wawasan masyarakat Malaysia terhadap Kerajaan Elektronik dan MSC itu sendiri.
Pada peringkat awal, jenis maklumat yang perlu dikumpul dan diketahui masyarakat sebagai asas kefahaman untuk membuka peluang kepada penglibatan proaktif mereka dalam Kerajaan Elektronik dan MSC ialah di sekitar:
1. Tahap penembusan atau penyerapan—memeriksa atau mengakur kehadiran teknologi maklumat di rumah, di tempat kerja, tempat awam seperti bangunan kerajaan, sekolah atau mana-mana lokasi budaya termasuk perpustakaan. Apakah peratusan capaian terhadap tempat-tempat ini kepada lebuh raya maklumat? Bagaimana keadaan tersebut mempengaruhi golongan berpendapatan rendah dan perbezaannya dengan mereka yang berada, penduduk bandar dengan penduduk luar bandar?
2. Tahap kedapatan peralatan —siapa yang memiliki apa jenis peralatan? Jika mereka tidak memilikinya, adakah mereka masih mempunyei capaian kepada perpustakaan awam sekolah, tempat kerja atau pusat komuniti atau tempat-tempat awam seperti balai raya umpamanya?
3. Tahap latihan dan tahap kemahiran—siapa yang mempunyai kepakaran dan mengetahui apa yang perlu dilakukan? Bagaimana mereka diajar menggunakan peralatannya? Adakah mereka belajar sendiri, belajar di sekolah, daripada rakan atau belajar semasa di tempat kerja atau dengan cara yang lain?
4. Tahap penggunaan—siapa yang menggunakannya? Apakah kegunnan utama lebuh raya maklumat: komunikasi persendirian, berhubung dengan kerja, penglibatan masyarakat, kegiatan keagamaan, hiburan, seni kreatif, membeli belah, peningkatan diri, tindakan politik atau sesuatu yang lain? Bagaimana kegunaan memanfaatkan orang ramai yang tidak menggunakan Bahasa Inggeris?
5. Nilai segera—bagaimana pengguna menilai sistem tersebut? Apakah aspek yang menjadikannya mudah digunakan atau sukar digunakan? Adakah pengguna mampu menggunakannya dengan cepat untuk pencapaian matlamat segera?
6. Kesan menyeluruh—dengan lebuh raya maklumat ini bagaimana Kerajaan Elektronik dapat meningkatkan kualiti hidup masyarakat? Adakah ia mengemukakan sebarang kesan kepada kehidupan individu, komuniti, penglibatan dalam kehidupan sosiai dan politik dan kesedaran budaya dan sebagainya lagi?
Selanjutnya kita juga harus mengetahui perkara-perkara yang perlu difikirkan mengenai peranan aktif masyarakat bagi meningkatkan kualiti hidup . dalam Kerajaan Elektronik.
Bagaimana dapat kita lindungi kebebasan individu dan sivil dalam kerajaan elektronik yang semakin telus?
Adakah hak pengguna dilindungi dengan penubuhan Kerajaan Elektronik?
Memandangkan penglibatan masyarakat dalam teknologi maklumat semakin meluas, bagaimanakah dapat kita lakukan untuk memaksimumkan peluang dan menjadikannya lebih bermakna dan memuaskan?
Adakah Kerajaan Elektronik dan MSC membawa kita bersama ke arah pembentukan komuniti baru atau membawa perpecahan berdasarkan pasaran?
Dapatkah kita menggunakan Kerajaan Elektronik untuk mengembangkan arus pembangunan ekonomi yang akan membawa kepada pengagihan kekayaan secara wajar dan tidak dikuasai oleh segelintir?
• Bagaimana Keraiaan Elektronik dapat digunakan untuk menggalakkan “demokrasi elektronik” atau hanya menjadi bahan manipulasi media?
• Bagaimana dapat kita maksimumkan ekuiti dalam konteks pasaran dan mengelakkan kemunculan golongan yang kaya dan miskin maklumat atau kemunculan bentuk yang dikenali sebagai “information apartheid”?
• Bagaimana dapat kita galakkan kebebasan bersuara dan mengukuhkan demokrasi di bawah Kerajaan Elektronik?
• Bagaimana dapat lindungi kebersendirian individu dan mempertingkatkan kebebasan sivil dalam sistem elektronik yang telus?
• Bagaimana dapat kita gunakan Kerajaan Elektronik untuk memulihara masyarakat kita (dan atau mewujudkan yang baru), memperkayakan atau mempelbagaikan dan merangsangkan penghidupan kita?
Cara kita berhubung, menyelesaikan dan mencorakkan persoalan-persoalan ini akan mengemukakan kesan penting kepada kemanfaatan keseluruhan dalam ciri kerja dan pembangunan ekonomi tempatan.
Selain daripada menggalakkan penglibatan rakyat, ruang siber juga diunjurkan sebagai panakea atau penyelesaian kepada kebanyakan masalah politik yang dialami kini. Tidaklah dipastikan adakah perkara yang sama akan berlaku di negara ini. Perkara ini begitu diyakini di Amerika.
Apabila majoriti rakyat mempunyai komputer dan capaian kepada Internet dan mula mengundi dalam semua isu, kita diberitahu kesemua masalah perwakilan dalam sistem demokrasi akan dapat diatasi. Ia boleh menggalakkan penglibatan rakyat dalam sistem politik kita dan mengekalkan kedaulatan kerajaan.
Dalam masyarakat siber rakyat bukan sahaja akan lebih dimaklumi tetapi juga berupaya meminggirkan kumpulan pendesak atau kumpulan kepentingan awam untuk terlibat secara langsung dalam proses membuat keputusan.
Tetapi masalahnya, berdasarkan kepada keyakinan tersebut, ia sebenarnya tidak merubah sistem yang merupakan masalah itu sendiri—ia hanya meletakkan keyakinan dalam teknologi maklumat untuk menjadikan sistem berjalan dengan lancar.
Perkara yang berkaitan dengan pengundian secara elektronik juga menimbulkan masalah lain yang dikatakan menjejaskan dialog awam, ketiadaan penglibatan secara bersemuka. Dengan ketiadaan pembuktian fizikal dalam pengundian oleh rakyat, bagaimana kita mengetahui pengiraannya betul? Pengundian secara elektronik bukanlah demokrasi elektronik.
Persoalannya adakah demokrasi elektronik menjadikan ahli politik lebih bermoral, mempunyai kesedaran atau bertanggungjawab?
Kerajaan Elektronik tidak boleh berdiri sendiri tanpa penglibatan proaktif rakyat. Kita mungkin memerlukan prinsip kepentingan awam yang dapat dikembangkan sehingga menjadi garis panduan am terutamanya berkaitan dengan tujuh aplikasi yang disasarkan kerajaan. Antara prinsip tersebut:
• Rancang dan ukur keberkesanan Kerajaan Elektronik dan kejayaan ekonomi MSC dengan menggunakan petunjuk yang memperlihatkan impaknya dalam masyarakat dan dunia secara keseluruhannya selain daripada hanya mementingkan keuntungan daripada peluang pelabur MSC dan pembekal perkhidmatan.
• Racangkan dan nilai kesan sosial Kerajaan Elektronik dan MSC dengan mengenda- likan penilai berkala untuk memastiKan la berkhidmat untuk kepentingan awam.
• Gunakan kemudahan yang diberikan Kerajaan Elektronik dan MSC dan teknologi baru yang lain untuk meningkatkan kualiti kerja dan menggalakkan persamaan di tempat kerja.
• Galakkan pembangunan aktif dan menyihatkan di sektor awam dengan memperuntukkan sumber, latihan dan bantuan untuk ruang awam dalam Kerajaan Elektronik di mana rakyat boleh meneruskan kegiatan bukan komersialnya.
• Galakkan kepelbagaian dan persaingan dalam kandungan untuk dimasukkan ke dalam Kerajaan Elektronik dan MSC sementara melindungi kebebasan dan hak rakyat untuk kebersendirian.
• Gunakan Kerajann Elektronik dan MSC dengan memperuntukkan perkembangan capaian kepada perkhidmatan kerajaan dan maklumat; kita harus mempertingkatkan demokrasi dengan menggalakkan. penglibatan popular terutamanya dengan membenarkan perbincangan demokratik dan membuat keputusan dalam semua fasa pembangunan MSC.
• Popularkan suatu bentuk pendekatan yang membanyakkan penglibatan atau penyertaan masyarakat untuk merealitikan Kerajaan Elektronik yang bermula dengan andaian sistem berfungsi baik apabila rakyat menggunakannya atau menerima kesan daripadanya yang dalam proses pembangunan ujian dan pembinaan semula yang bersifat prototaip.
Penglibatan awam merupakan perkongsian antara diri kita sebagai rakyat dengan kerajaan. Ia merupakan penerimaan cabaran untuk bertanggungjawab dan penglibatan yang mengatasi kepentingan diri—mungkin mengkehendaki perubahan tingkah laku, kebiasaan dan sikap dalam membina prasarana sosial baru.
Untuk memahami sepenuhnya peranan rakyat dan penglibatannya dalam kerajaan elektronik, terutamanya berhadapan dengan cabaran dunia yang semakin hebat yang mengemukakan masalah baru mengkehendaki perubahan yang bersesuaian dengan faktor selain daripada yang bersifat teknlogi. Untuk memainkan peranan berkesan di peringkat nasional, penubuhan kumpulan kepentingan awam baru yang akan memperjuangkan persoalan-persoalan yang berkaitan dengan kepentingan awam diperlukan. Adalah menjadi tugas kita untuk memastikan lebuh raya maklumat tidak meminggirkan apa yang kita nilai dalam masyarakat atau membawa kita Ke tempat yang tidak kita suka.

UTUSAN PENGGUNA, JULAI 1998, JIL 22 BIL 7, M/S 12

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: