PENGAJIAN AM STPM : DASAR PANDANG KE TIMUR

Objektif
Objektif utama Dasar Pandang Ke Timur ini ialah untuk meninggikan prestasi pengurusan dan pembangunan di negara ini serta mewujudkan golongan masyarakat Malaysia yang mempunyai nilai-nilai dan etika kerja yang positif untuk meninggikan kemajuan negara.
Perkara-perkara yang harus ditumpukan melalui dasar ini ialah ‘kerajinan dan disiplin bekerja, kesetiaan kepada negara dan perusahaan atau perniagaan di mana pekerja bekerja, keutamaan kepada kumpulan dan tidak diri sendiri, tekanan daya pengeluaran (productivity) dan mutu yang tinggi (quality), peningkatan kecekapan, pengurangan perbezaan dan perpisahan antara eksekutif dan pekerja am sistem pengurusan yang menitikberatkan kejayaan jangka panjang dan tidak semata-mata peningkatan dividen atau pendapatan kakitangan dalam jangka pendek, dan lain-lain lagi yang dipercayai boleh menyumbangkan kepada kemajuan bagi negara kita’.*
Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, nilai-nilai dan etika kerja di atas perlu diamalkan kerana ianya dapat membantu menjayakan usaha-usaha pembangunan yang dijalankan.
Dasar Pandang Ke Timur ini tidak bermakna bahawa Malaysia mengurangkan hubungan dagangannya dengan rakan-rakan yang ada sekarang. Sebaliknya Kerajaan akan terus memperluaskan lagi perdagangannya dengan mengadakan hubungan dengan rakan-rakan bukan tradisional di samping terus mengekalkan dan memajukan hubungan perdagangan yang setia selaras dengan kepentingan negara.
Strategi Pelaksanaan
Selaras dengan dasar ini, Kerajaan telah menyusun strategi dan program bagi meningkatkan kecekapan, kekesanan dan penghasilan kerja yang lebih baik di kalangan pegawai dan kakitangan. Pegawai-pegawai dan pelajar Malaysia telah dihantar ke Jepun dan Korea untuk mempelajari selok belok teknikal dan aspek pengurusan di kedua-dua negara tersebut. Di antara program yang telah dijalankan adalah seperti berikut:-

a) Perubahan Struktur
b) Perubahan Sikap
c) Latihan dan Kursus
a) Perubahan Struktur

i) Kad Perakam Waktu Kerja (Punch Card)
ii) Penggunaan Tanda Nama (Name Tag)
iii) Penubuhan Pasukan Meningkat Mutu Kerja (QCC)
iv) Konsep Pejabat Terbuka
v) Perkhidmatan Kaunter/Perkhidmatan Pembayaran Bil Setempat
vi) Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja

b) Perubahan Sikap
i) Perkhidmatan Cemerlang
ii) Konsep Bersih, Cekap dan Amanah (BCA)
iii)Kepimpinan Melalui Teladan (KMT)

c) Latihan dan Kursus
Latihan dan kursus yang dijalankan di bawah Dasar Pandang ke Timur ini adalah seperti berikut:-
i) Latihan Perindustrian dan Teknikal

Tujuan program ini adalah untuk melatih pekerja di bidang teknikal dalam usaha meninggikan kecekapan dan menerap nilai kerja yang positif dari Jepun dan Korea dalam meninggikan penghasilan kerja.

ii) Program Pengajian Akademik

Tujuan program ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar Malaysia untuk menuntut ilmu sains dan teknikal di Jepun dan Republik Korea.

iii) Program Pengajian Teknikal

Program ini adalah menyediakan peluang latihan teknikal lanjutan pada pelajar-pelajar lepasan SPVM dan Politeknik.

iv) Program Kemajuan Eksekutif

Objektif program ini adalah untuk menyediakan latihan kepada eksekutif-eksekutif dalam mempelajari kaedah pengurusan dan pentadbiran kerajaan dan swasta di Jepun dan Korea. Mereka akan ditempatkan di beberapa firma dan agensi Kerajaan di Jepun dan Korea. Penekanan-penekanan yang di berikan dalam program ini ialah latihan-latihan dalam bidang pengurusan Sogoshosha, Perjawatan, Q.C.C dan pengurusan am.

v) Hubungan di antara Institusi-institusi

Program ini bertujuan untuk menyalurkan permohonan latihan yang diperlukan oleh Malaysia kepada institusi pengajian tinggi di Jepun dan Korea.

vi) Skim Latihan Pembangunan Usahawan

Program yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri memberi peluang dan pendedahan, usahawan-usahawan bumiputra terhadap idea baru dan teknologi luar pengetahuan-pengetahuan ini untuk memajukan urusniaga mereka. Program ini juga memberi peluang kepada mereka untuk mewujudkan peluang ‘business contacts’ dengan rakan-rakan perniagaan di sana.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: