PENGAJIAN AM STPM : DASAR LUAR

STPM 2008
Bentuk bantuan

Negara Penerima • Khidmat Perunding
• Kursus Jangka Pendek
• Projek Pembangunan

Pakistan, Sudan, Bosnia Herzegovina, Malawi, Timur Leste

1. Komitmen Malaysia dalam pemberian bantuan kepada Negara-negara di atas dilakukan melalui
A. Mesyuarat Asia-Eropah
B. Dialog Antarabangsa Langkawi
C. Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik
D. Program Kerjasama Teknikal Malaysia

• Menentang sebarang bentuk penjajahan dan penindasan hak asasi
• Menekankan kesamarataan dan kepentingan bersama antara Negara serantau

2. Pernyataan di atas adalah prinsip
A. Pertubuhan Persidangan Islam
B. Pertubuhan Negara-Negara Komanwel
C. Pergerakan Negara-Negara Berkecuali
D. Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara

3. Yang manakah yang benar tentang tujuan penghantaran misi pengaman tersebut?
I. Mengawasi pelaksanaan gencatan senjata
II. Memastikan kemudahan bantuan kemanusiaan kepada penduduk awam
III. Membantu kerajaan Lubnan memulihkan pergolakan politik di negara itu
IV. Memberi bantuan ketenteraan kepada Lubnan untuk menyekat serangan Israel
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

4. Yang manakah bentuk kerjasama yang ingin dicapai melalui Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS)?
I. Mewujudkan blok perdagangan
II. Merapatkan jurang kemiskinan
III. Mengadakan zon pembangunan senjata pemusnah
IV. Mengatasi keganasan, lanun, dan keselamatan maritim
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

• Persefahaman dalam memajukan dan membangunkan kawasan serantau
• Kerjasama dalam bidang pelancongan, perdagangan, dan kemudahan infrastruktur

5. Penyataan di atas merujuk kepada
A. Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN
B. Kerjasama Segi Tiga Pertumbuhan ASEAN
C. Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik
D. Dialog Antarabangsa Langkawi

6. Yang manakah bentuk kerjasama yang difokuskan melalui ASEAN + 3?
I. Pembangunan saintifik dan teknikal
II. Pembangunan senjata dan ketenteraan
III. Pembangunan maritime dan perkapalan
IV. Pembangunan sosial dan sumber manusia
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

7. Yang manakah yang dapat mengeratkan Kerjasama Selatan-Selatan?
A. Mesyuarat Asia-Eropah
B. Dialog Antarabangsa Langkawi
C. Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik
D. Sidang Kemuncak Ekonomi Asia Timur
STPM 2007
8. Yang manakah isu bilateral yang dibincangkan oleh Malaysia dengan Singapura?
I. Semakan kadar harga air
II. Pembuangan sisa toksik di perairan Malaysia
III. Penebusgunaan tanah di perairan Pulau Tekong
IV. Pembinaan kompleks Kastam, Imigresen, dan Kuarantin
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

9. Yang manakah cabaran yang dihadapi oleh Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dalam menegakkan keamanan dan kestabilan politik serantau?
I. Pengawalan penularan penyakit berjangkit
II. Pembaharuan pelaksanaan demokrasi di Myanmar
III. Pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Bebas (AFTA)
IV. Penyelesaian masalah keganasan di rantau Asia Tenggara
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

10. Yang manakah penyataan yang benar tentang semangat permuafakatan dalam kalangan anggota ASEAN?
A. Mengawal penggunaan tenaga nuklear di rantau ini
B. Menganjurkan dialog keselamatan dan keamanan serantau
C. Menyelesaikan isu dalaman negara anggota secara terbuka
D. Menubuhkan pasukan tentera untuk mengawal keamanan serantau

11. Yang manakah peranan Malaysia dalam membantu kestabilan politik dalam ASEAN?
I. Menghantar wakil berhubungan dengan proses demokrasi di Myanmar
II. Menjadi orang tengah dalam kes penculikan di selatan Filipina
III. Memberikan khidmat nasihat politik kepada negara anggota
IV. Menghantar pasukan pengaman ke Timor Leste
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

12. Yang manakah dasar yang memberikan penekanan kepada kawasan perdagangan bebas ASEAN?
A. Dasar Automotif Nasional
B. Dasar Perindustrian Negara
C. Dasar Persyarikatan Malaysia
D. Dasar Sains dan Teknologi Negara

13. Yang manakah matlamat kerjasama antara ASEAN dengan Jepun, China dan Korea Selatan?
I. Mewujudkan kestabilan politik
II. Mewujudkan kerjasama perdagangan
III. Mewujudkan kerjasama keselamatan
IV. Mewujudkan kerjasama perusahaan kecil dan sederhana
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

• Meneroka kerjasama baru dalam bidang ekonomi, politik, dan sosial
• Keanggotaannya terdiri daripada negara-negara dari dua benua

14. Penyataan di atas merujuk kepada
A. Pertubuhan Komanwel
B. Mesyuarat Asia dan Eropah (ASEM)
C. Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
D. Pergerakan Negara-nNgara Berkecuali

15. Yang manakah penyataan yang benar tentang Rangkaian Berita Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NNN)?
I. Beribu pejabat di Kuala Lumpur
II. Bertujuan untuk menyaingi pusat rangkaian berita antarabangsa yang lain
III. Sebuah pusat berita berasaskan Internet untuk menyebarkan maklumat tentang negara anggota
IV. Menggantikan Pusat Pangkalan Data Pelaburan, Perdagangan, dan Teknologi (SITTDEC)
A. I dan III
B. I dan IV
C. II dan III
D. II dan IV

16. Yang manakah tugas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu?
A. Mengetuai operasi ketenteraan
B. Memantau masalah ekonomi dan sosial dunia
C. Memberikan kata putus dalam pertikaian antarabangsa
D. Mengadili kes jenayah antarabangsa yang serius

• Menumpukan kepada kerjasama dalam bidang sosial dan ekonomi
• Malaysia bertanggungjawab untuk menggerakkan kerjasama dalam perbankan dan insurans Islam

17. Penyataan di atas merujuk kepada
A. Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)
B. Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8)
C. Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)
D. Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)

18. Yang manakah faedah Dialog Perkongsian Pintar?
I. Menaja perundingan syarat-syarat perdagangan dunia
II. Menggalakkan penglibatan sektor awam dan sektor swasta secara bersama
III. Menjadi landasan penting kepada negara membangun untuk menimba pengalaman
IV. Memperjuangkan perdagangan bebas bersama dengan Pertubuhan Perdagangan Sedunia
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

19. Yang manakah penyataan yang menunjukkan komitmen Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)?
I. Merupakan ahli Majlis Amanah PBB
II. Menjawat jawatan pentadbir utama Sekreratiat PBB
III. Pernah mempengerusikan mesyuarat Perhimpunan Agung PBB
IV. Menyertai pasukan pengaman di Timor Leste di bawah naungan PBB
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
STPM 2006
• Mengadakan dialog politik, kerjasama ekonomi, dan dialog peradaban kebudayaan
• Mewujudkan kerjasama antara dua benua

20. Pernyataan di atas merujuk kepada
A. Forum Serantau ASEAN (ARF)
B. Mesyuarat Asia dan Eropah (ASEM)
C. Dialog Antarabangsa Langkawi (LID)
D. Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)

21. Antara yang berikut, yang manakah usaha untuk mewujudkan persekitaran yang selamat di rantau Asia Tenggara?
A. Forum Serantau ASEAN (ARF)
B. Mesyuarat Asia dan Eropah (ASEM)
C. Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)
D. Kawasan Pertumbuhan Segi Tiga Malaysia-Indonesia-Singapura (MIS-GT)

• Menggalakkan perdagangan bebas dalam kalangan negara anggota
• Memperjuangkan sistem perdagangan pelbagai hala

22. Pernyataan di atas merujuk kepada
I. Kesatuan Eropah (EU)
II. Forum Serantau ASEAN (ARF)
III. Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)
IV. Pertubuhan Pakatan Atlantik Utara (NATO)
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

Pada tahun 2003, Amerika Syarikat dan sekutunya telah melancarkan perang ke atas Iraq

23. Antara yang berikut, yang manakah kesan peperangan di atas?
I. Perubahan corak pemerintahan di Iraq
II. Peningkatan kumpulan ekstremis dan militan di Iraq
III. Peningkatan dalam urusan perdagangan dan urus niaga dunia
IV. Peningkatan sentiment pro-Amerika dalam kalangan penduduk dunia
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

24. Jawatan X merujuk kepada
A. Setiausaha Agung
B. Pengerusi Perhimpunan Agung
C. Ahli Sementara Majlis Keselamatan
D. Hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa

25. Antara yang berikut, yang manakah organisasi yang mengeratkan hubungan ekonomi melalui kerjasama serantau?
A. Kumpulan 15 (G15)
B. Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO)
C. Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8)
D. Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)

26.

Pernyataan di atas merujuk kepada
A. Dialog Utara Selatan
B. Kerjasama Selatan-Selatan
C. Pergerakan Negara-Negara Berkecuali
D. Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara

27.

Penglibatan Malaysia dalam semua isu di atas adalah di bawah naungan
A. Kerjasama Selatan-Selatan
B. Pertubuhan Persidangan Islam
C. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
D. Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara

28.

Pernyataan di atas merujuk kepada
A. Pertubuhan Komanwel
B. Pertubuhan Persidangan Islam
C. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
D. Pergerakan Negara-Negara Berkecuali

29. Antara yang berikut, yang manakah yang menunjukkan komitmen Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)?
I. Menerima pencalonan sebagai Setiausaha Agung PBB
II. Mempengerusikan Majlis Perhimpunan Agung PBB
III. Menjadi ahli tetap Majlis Keselamatan PBB
IV. Menjadi wakil khas PBB ke Myanmar
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

30. Antara yang berikut, yang manakah penyataan yang benar tentang Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8)?
I. Mengadakan kerjasama dalam bidang ketenteraan
II. Menumpukan kepada kerjasama dalam bidang politik
III. Mewujudkan peluang-peluang baru dalam hubungan perdagangan
IV. Menggerakkan kerjasama dalam bidang perbankan dan insurans Islam
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
STPM 2005

31. Pilih penyataan yang benar tentang Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN).
I. ASEAN merupakan kesepakatan serantau berkaitan dengan politik, ekonomi, dan sosiobudaya
II. ASEAN merupakan saluran utama bagi meningkatkan kualiti keselamatan dan kemajuan negara-negara anggota
III. ASEAN ditubuhkan bagi memperkukuh keselamatan serantau dan menyaingi kekuatan kuasa-kuasa besar dunia
IV. ASEAN ialah sebuah badan kerjasama serantau di kalangan negara-negara Asia Tenggara yang pertama diwujudkan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

32. Antara yang berikut, yang manakah usaha Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) bagi mewujudkan kestabilan politik dan keselamatan di rantau ini?
I. Mesyuarat ASEAN + 3
II. Forum Serantau ASEAN (ARF)
III. Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN
IV. Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ)
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

33. Antara yang berikut, yang manakah yang melibatkan Malaysia?
A. Perjanjian Damai Palestin-Israel
B. Pasukan Pengaman di Timur Leste
C. Pembangunan semula Afghanistan
D. Penempatan tentera pelbagai negara di Iraq

34.

Tuntutan kedua-dua negara di atas berasaskan
A. Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE)
B. Zon Aman, Bebas, dan Berkecuali (ZOPFAN)
C. Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)
D. Memorandum Persefahaman Pembangunan Serantau

35.

Penyataan di atas berkaitan dengan mesyuarat
A. Kumpulan Lima Belas (G15)
B. Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
C. Pertubuhan Negara-Negara Komanwel
D. Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)

36. Antara yang berikut, yang manakah usaha yang dilakukan oleh Malaysia kea rah mengukuhkan Kerjasama Selatan-Selatan?
I. Menganggotai Kumpulan Lima Belas (G15)
II. Memulaukan barangan import dari negara-negara Utara
III. Menjadi tuan rumah Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)
IV. Menempatkan ibu pejabat Pusat Pertukaran Data Pelaburan, Perdagangan, dan Teknologi Selatan (SITTDEC) di Kuala Lumpur
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

37. Antara yang berikut, yang manakah isu yang pernah disuarakan oleh Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)?
I. Kerangka kewangan antarabangsa
II. Mewujudkan kawasan perdagangan bebas
III. Penstrukturan semula Majlis Keselamatan PBB
IV. Menyokong tindakan ketenteraan ke atas Iraq pada tahun 2003
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
38. Antara yang berikut, yang manakah jawatan yang pernah disandang oleh Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)?
I. Setiausaha Agung
II. Ahli Majlis Keselamatan
III. Pengerusi Perhimpunan Agung
IV. Pengerusi Tabung Kewangan Antarabangsa
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
STPM 2004
39. Antara yang berikut, yang manakah merupakan cabaran kepada Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) selepas era 2000?
I. Keganasan antarabangsa
II. Peningkatan kerjasama multilateral
III. Persaingan di kalangan Negara-negara Perindustrian
IV. Kemunculan Amerika Syarikat sebagai kuasa unipolar
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

40. Antara yang berikut, yang manakah merupakan mekanisme ke arah menjayakan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)?
A. Perjanjian Berbaik-baik dan Kerjasama
B. Skim Usaha Sama Perindustrian ASEAN
C. Perjanjian Am Perdagangan dan Tarif (GATT)
D. Skim Keutamaan Tarif Sama Rata Berkesan (CEPT)

41.

Impikasi pelaksanaan prinsip perdagangan bebas AFTA ke atas industry tempatan ialah
A. Pengecilan pasaran eksport
B. Peningkatan harga produk tempatan
C. Persaingan dengan produk luar Negara
D. Penurunan daya saing bagi produk tempatan

42.

Antara yang berikut, yang manakah yang berkaitan dengan penyataan di atas?
A. Kerjasama Selatan-Selatan
B. Order Baru Ekonomi Dunia
C. Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO)
D. Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)

43. Antara yang berikut, yang manakah bidang yang menjadi tumpuan kerjasama Pertumbuhan Segi Tiga ASEAN?
I. Tenaga nuklear
II. Pelancongan
III. Infrastruktur
IV. Perkapalan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

44. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang peranan Suruhanjaya Selatan-Selatan?
I. Mengakui persamaan ras
II. Menjadi pusat bantuan kewangan
III. Membincangkan masalah tentang hutang negara anggota
IV. Memecahkan monopoli negara maju dalam bidang maklumat dan berita
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
STPM 2003
45. Yang manakah antara peristiwa berikut yang telah mengubah matlamat perjuangan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali?
I. Penubuhan pasaran tunggal Masyarakat Eropah
II. Tamatnya era Perang Dingin antara kuasa-kuasa besar
III. Kejatuhan sistem pemerintahan Aparteid di Afrika Selatan
IV. Kemasukan Negara China dalam Pertubuhan Perdagangan Sedunia
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

46.
X Majlis Keselamatan I Malaysia pernah menjadi pengerusi di salah satu agensi Majlis ini
Y Majlis Perhimpunan Agung II Malaysia pernah dipilih sebulat suara menjadi pengerusi
Z Majlis Ekonomi dan Sosial III Malaysia pernah menduduki kerusi ahli tidak tetap

Padanan yang tepat antara X, Y, dan Z dengan I, II, dan III yang menunjukkan penglibatan aktif Malaysia dalam Majlis Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ialah

X Y Z
A I II III
B III II I
C II III I
D III I II

47.

X merujuk kepada
A. Kumpulan 15 (G15)
B. Kumpulan 8 Negara-negara Maju (G8)
C. Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)
D. Kumpulan 8 Negara-negara Membangun (D8)

48. Yang manakah merupakan masalah yang dihadapi oleh negara-negara membangun?
I. Kekurangan tenaga kerja
II. Kawasan yang terhad untuk dimajukan
III. Kerjasama ekonomi dengan negara maju
IV. Beban hutang di kalangan negara membangun
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
STPM 2002
49.
Projek Negara ASEAN
I Fabrikasi Tembaga P Filipina
II Vaksin Hepatitis B Q Thailand
III Perlombongan Garam Abu Soda R Singapura
IV Baja Urea S Indonesia

Yang manakah padanan yang betul tentang projek-projek usaha sama ASEAN dengan negara-negara anggota yang melaksanakan projek tersebut di negara masing-masing?

I II III IV
A Q P S R
B S R P Q
C R S Q P
D P R Q S

50. Yang manakah benar tentang pendirian Malaysia dalam menghadapi masalah serantau Asia Tenggara?
I. Segala pertikaian hendaklah diselesaikan melalui perundingan
II. Urusan tentang pendatang tanpa izin menjadi tanggungjawab bersama
III. Segala masalah domestic hendaklah diselesaikan oleh rakyat negara itu sendiri
IV. Negara-negara anggota diberi tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah negara jirannya
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

51. Yang manakah yang diperjuangkan oleh Malaysia untuk menangani isu-isu sosioekonomi antarabangsa?
I. Beban hutang negara membangun disemak semula
II. Negara-negara maju mengurangkan rintangan perdagangan
III. Perundingan Ekonomi Asia Timur menjadi blok perdagangan
IV. Mewujudkan kerjasama ekonomi di kalangan negara Eropah Timur
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

52. Yang manakah benar tentang Mesyuarat Asia-Eropah?
I. Mewujudkan kerjasama ketenteraan
II. Bertukar-tukar pandangan tentang isu serantau dan globalisasi
III. Dianggotai oleh negara-negara Asia, Eropah, dan Amerika Utara
IV. Meneroka kerjasama baru dalam bidang ekonomi, politik, dan sosial
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

53.
Matlamat Pertubuhan
X Y Z
Perdagangan bebas dan pasaran terbuka Pembangunan dan kerjasama serantau Mempertingkatkan kerjasama pertukaran maklumat dan data

Yang manakah padanan yang benar tentang matlamat dan pertubuhan berikut?

ASEAN Kumpulan 15 Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik
A X Y Z
B Y Z X
C Z X Y
D Y X Z

54. Yang manakah benar tentang D-8?
I. Persidangan pertama diadakan di Kuala Lumpur
II. Bidang kerjasamanya termasuk membasmi kemiskinan dan buta huruf
III. Satu badan yang bertumpu kepada kerjasama ekonomi dan perdagangan
IV. Negara-negara Asia Pasifik yang menjadi ahli Pertubuhan Negara-Negara Islam menganggotainya
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: